Peluang muka baharu tunjuk bakat pemimpin

TANJONG 25 Julai – Pengguguran veteran dan penampilan muka baharu calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah bertujuan memberi nafas baharu kepada parti, kata Setiausaha Agung Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, terdapat keperluan memberi peluang kepada muka baharu menunjukkan bakat kepimpinan mereka dan ia adalah proses lazim yang berlaku dalam setiap parti politik. “Pembaharuan akan berlaku setiap kali pilihan raya…itu proses biasa satu hari nanti mungkin satu (atau) dua pilihan raya akan datang saya juga akan digantikan. Jadi DAP percaya bahawa parti lebih besar daripada mana-mana pemimpin individu.…

Read More

Ramasamy, Chong Eng gugur, Guan Eng kekal

TANJONG 25 Julai –  Selepas tiga penggal mewakili DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, Dr P Ramasamy yang sering menimbulkan kontroversi digugurkan daripada menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Timbalan Ketua Menteri II yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang diwakili sejak memenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Bekas timbalan ketua pegawai eksekutif Eco World Development Group Bhd, Sundarajoo Somu akan menggantikan Ramasamy di kubu kuat DAP di Perai. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke…

Read More

The 1975: Tidak timbul isu lambat bertindak

KUALA LUMPUR 25 Julai –  Tidak timbul isu polis lambat bertindak susulan laporan berkaitan kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata, ada pihak mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) lambat mengambil tindakan sedangkan kumpulan itu pulang ke negara asal selepas enam jam membuat persembahan. “Insiden ini berlaku pada 21 Julai pada jam 11.30 malam, kita difahamkan selepas insiden berkenaan konsert terbabit dihentikan dan kumpulan ini…

Read More

Penyandang Pulau Tikus tarik diri

TANJONG 25 Julai – Menjelang pengumuman calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang petang ini, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit, mengumumkan menarik diri daripada menjadi calon berikutan masalah kesihatan. Menurut Chun Kit, 41, keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam PRN itu juga dibuat selepas beliau berunding dengan pemimpin parti serta keluarga. Melalui kenyataan di Facebook, beliau memaklumkan mengalami penurunan berat badan paling rendah sepanjang hidupnya ketika musim pandemik Covid-19 sekitar 2021 dan hasil ujian darah mengesahkan beliau menghidap ‘hipertiroidisme’ yang juga…

Read More

Puteri gerakkan lebih 4,500 ahli

KUALA TERENGGANU 25 Julai –  Puteri UMNO akan menggerakkan jentera pilihan raya membabitkan lebih 4,500 ahli di semua kerusi ditandingi calon Barisan Nasional (BN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi, berkata, jentera pilihan raya kalangan puteri melibatkan antara 500 dan 700 orang setiap negeri, tidak termasuk jentera daripada cawangan. Katanya, Puteri berlapang dada walaupun hanya satu kerusi diperuntukkan kepada calon daripada pergerakan itu iaitu Ketua Puteri UMNO Kedah, Nuraini Yusoff yang akan bertanding di DUN Bandar Baharu Kulim, Kedah.…

Read More

Tuntutan dijangka selesai dalam setahun

KOTA KINABALU 25 Julai – Penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih atau geran khas Sabah yang berlarutan lebih setengah abad dijangka dicapai dalam tempoh setahun dari sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Jeffrey Kitingan. Beliau berkata, berkata perkara itu diputuskan Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof. Katanya, penyelesaian isu ini yang berlarutan selama 58 tahun lalu amat penting bagi memastikan Sabah menerima hasil yang menjadi hak negeri ini. Isu tuntutan 40 peratus merujuk kepada tuntutan Sabah terhadap pengembalian hasil bersih yang dikutip…

Read More

500 pesakit jarang jumpa tunggu biaya

PUTRAJAYA 25 Julai – Terdapat kira-kira 500 pesakit jarang jumpa dalam senarai menunggu dengan setiap daripada mereka memerlukan pembiayaan rawatan antara RM500,000 hingga RM1 juta seorang. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata peruntukan RM25 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 pada Februari lalu, sedang digunakan untuk menampung kos rawatan kes penyakit jarang jumpa sedia ada. Bagaimanapun Kementerian tidak dapat memberikan jumlah sebenar pesakit sedang dirawat, tetapi yang pasti rawatan bagi kes penyakit jarang jumpa amat tinggi dengan keutamaan diberikan kepada mereka dalam senarai menunggu. “Akan tetapi pesakit baharu juga…

Read More