KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dinamakan sebagai calon untuk bertanding kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pucuk pimpinan parti bersetuju memilih Shaiful Hazizy bertanding di DUN berkenaan. “Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), maka Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin diumumkan sebagai calon bagi kerusi DUN N26, Tanjung Dawai Kedah, (mewakili) BN. “Saya mewakili BN merakamkan penghargaan kepada PH atas semangat perpaduan…
Read MoreDay: July 24, 2023
Speaker DUN Selangor milik DAP jika PH-BN menang
KUALA LUMPUR 24 Julai – DAP mencadangkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor jika Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) dipilih menjadi kerajaan negeri. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia sebagai syarat yang dikemukakan DAP berikutan penyerahan kerusi DUN Dusun Tua kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Katanya, cadangan itu telah dipersetujui Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan merupakan Speaker. Jadi, bila kita serahkan Dusun…
Read MoreJenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan
PONTIAN 24 Julai – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulung, Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini tengah hari ini. Sebelum itu jenazah disolatkan di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini yang turut diimamkan oleh anak sulung Allahyarham, Iskandar Zulkarnain, yang mana ia antara permintaan terakhir Allahyarham. Turut mengimamkan solat jenazah adalah Naib Presiden Amanah Senator Dr Mujahid Yusof Rawa dan terakhir oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum jenazah dibawa ke tanah…
Read MoreSimpanan RM240,000 mencukupi bersara dengan bermaruah
KOTA BHARU 24 Julai – Rakyat Malaysia perlu memiliki simpanan asas RM240,000 sebagai paras sasaran apabila bersara pada usia 55 tahun yang dianggap mencukupi untuk rakyat negara ini bersara dengan bermaruah. Timbalan Menteri Kewangan 1, Ahmad Maslan, berkata jumlah itu mewakili anggaran RM1,000 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas usia bersara, berdasarkan jangka hayat rakyat Malaysia adalah sehingga 75 tahun. “Simpanan asas sebanyak RM240,000 cukup untuk menyara secara purata RM1,000 sebulan dan rakyat perlu memikir simpanan hari tua dengan kadar minimum itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.…
Read MorePM imamkan solat jenazah Salahuddin
PONTIAN 24 Julai – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengimamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada pukul 11 pagi ini. Sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah diimamkan oleh Naib Presiden Amanah Senator Dr Mujahid Yusof Rawa. Turut hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi…
Read MoreBerita pilihan…
Brunei Darussalam rekod obes kedua tertinggi
BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam (NBD) merekodkan angka penduduk obes kedua tertinggi di Asia Tenggara iaitu 14.1 peratus, dengan purata indeks jisim tubuh (BMI) 27 kilogram meter padu berdasarkan Penilaian Penduduk Dunia 2023. Bagaimanapun, jumlah itu masih tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah dan Amerika Utara, selain Malaysia berada di kedudukan tertinggi dengan 15.6 peratus. Kadar obesiti di Brunei didapati meningkat akibat beberapa faktor seperti perubahan dalam diet dan gaya hidup, selain peningkatan jumlah pekerjaan yang memerlukan individu duduk dengan lama. Susulan itu, kerajaan Brunei melaksanakan…
Read More10 muka lama DAP, seorang muka baharu
SEREMBAN 24 Julai – DAP mengekalkan 10 penyandang di Negeri Sembilan termasuk Setiausaha Agungnya, Anthony Loke yang akan mempertahankan kerusi DUN Chennah, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Hanya seorang muka baharu dicalonkan iaitu Desmond Sian Meow Kong yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang. Beliau menggantikan Mary Josephine yang pernah menggemparkan DAP apabila mengumumkan keluar parti pada 10 Julai 2020 tetapi kembali semula ke pangkuan DAP pada 20 Julai tahun yang sama. Mary ketika itu berkata keputusan meninggalkan parti pada 10 Julai itu “menyakitkan”…
Read More