PM imamkan solat jenazah Salahuddin

PONTIAN 24 Julai  – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengimamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada pukul 11 pagi ini.

Sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah diimamkan oleh Naib Presiden Amanah Senator Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Turut dilihat berada di masjid, kepemimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Lebih 1,000 orang hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Related posts

Leave a Comment