KUALA LUMPUR 19 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan ke atas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai penganiayaan berunsurkan politik dengan menyalahgunakan perundangan negara. Beliau dalam satu kenyataan malam ini, turut mempertikaikan tindakan yang dianggapnya dwistandard ke atas Menteri Besar Kedah itu sedangkan ada saja pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan yang mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan. Tegasnya, ‘layanan’ sama perlu diambil terhadap pemimpin kerajaan yang turut melakukan perbuatan sama. “Saya menentang keras siri pendakwaan terpilih dan perbuatan menyalahgunakan Akta Hasutan bagi tujuan penganiayaan politik, memandangkan ada pemimpin…
Read MoreDay: July 18, 2023
“Buat apa sahaja sekat kemaraan PN”
ALOR SETAR 18 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pimpinan Kerajaan Perpaduan kini sanggup berbuat apa sahaja untuk menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Bagaimanapun beliau bertekad untuk terus mara mempertahankan Kedah serta memastikan lima negeri yang bakal menghadapi PRN pada 12 Ogos ini dilepaskan daripada pemerintahan kerajaan kakistokrasi. “Alhamdulillah kita melepasi ujian yang agak mencabar hasil daripada ‘madanon’, dia tak tau nak buat apa dah jadi dia guna apa yang ada untuk menyekat kemaraan kita. “Sekarang ini kita dipopularkan dengan…
Read MoreTahan bila-bila masa bagi akta hasuran
KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 boleh ditahan pada bila-bila masa, termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor apabila siasatan kes 3R (agama, bangsa, raja) terhadapnya yang menjurus kepada akta berkenaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menahan individu yang disiasat mengikut akta berkenaan pada bila-bila masa kerana ia bukannya ‘non-siezable’ (tak lazim ditahan). “Seksyen 4 (1) (Akta Hasutan) ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang lazim ditahan.. bukannya ‘non-seizable’ (tidak lazim ditahan) dan ia…
Read MoreHalang sentuh 3R nafi kebebasan bersuara
PUTRAJAYA 18 Julai – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahatir Mohamad mendakwa tindakan menghalang perbincangan menyentuh isu berkait 3R (agama, kaum dan raja) sebagai menafikan kebebasan bersuara di negara ini. Katanya, jika hendak menjadikan tindakan seseorang yang menyentuh isu itu sebagai jenayah maka ia perlu dibahas dan kemudian mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Beliau berkata, ia termasuk perlu mendapatkan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan. “Ia amat serius. Jika ini tidak dilakukan, kerajaan mungkin didakwa kerana melakukan sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreRara lapor polis dakwa jadi mangsa gangguan seksual
KUANTAN 18 Julai – Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, semalam berkaitan kes penipuan dan gangguan seksual oleh seorang pempengaruh media sosial terhadapnya. Ahli Parlimen Bentong itu dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua laporan itu dibuat oleh pegawai khasnya. Menurut Rara, laporan pertama membabitkan kes penipuan bahawa terdapat individu menghantar mesej melalui aplikasi Instagram mengaku sebagai wakil beliau untuk penganjuran program menjana pendapatan. Katanya, laporan kedua pula adalah terhadap pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan seksis dan berunsur lucah yang dianggapnya…
Read MoreAmirudin kekal MB Selangor jika PH-BN menang
KUALA SELANGOR 18 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan. Pengerusi PH itu berkata, keputusan itu bagi memastikan Amirudin dapat meneruskan kecemerlangan dalam mentadbir kerajaan Selangor. Amirudin ialah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan beliau kini Ahli Parlimen Gombak. Pada sidang media sempena lima tahun pentadbirannya baru-baru ini, Amirudin yakin bahawa prestasi dan kekukuhan pentadbiran kerajaan negeri yang ditonjolkan PH mampu…
Read MorePM nafi dakwaan cubaan lumpuhkan PN
SEKINCHAN 18 Julai – Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi Md Nor bagi melumpuhkan Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) bulan depan. Sebaliknya Perdana Menteri mempertahan penggunaan Akta Hasutan 1948 bagi mendakwa Menteri Besar Kedah itu kerana kenyataan yang menyentuh kedudukan dan martabat institusi diraja. Anwar berkata, secara umumnya beliau tidak mahu Akta Hasutan digunakan dalam pendakwaan di mahkamah, dengan menegaskan undang-undang itu tidak akan digunakan, jika membabitkan kritikan terhadap Perdana Menteri. Bagaimanapun, katanya, ucapan Muhammad Sanusi minggu lalu menyentuh kedudukan dan…
Read MorePRK Kuala Terengganu serentak PRN 12 Ogos
PUTRAJAYA 18 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu (P036) akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, Beliau berkata PRK Kuala Terengganu membabitkan sebanyak 123,575 pemilih dengan sejumlah RM465,000 diperlukan sebagai kos tambahan bagi pelaksanaan PRK terbabit. Katanya, pada 12 Julai lalu, SPR menerima Laporan Hakim Pilihan Raya berkenaan keputusan mahkamah yang membatalkan pilihan raya bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu pada 19 November lalu. “Bagi pelaksanaan PRK itu, hari penamaan calon akan…
Read MoreCubaan jejas peluang hadapi PRN – MB Kedah
SELAYANG 18 Julai – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pendakwaan kes terhadapnya bertujuan menjejaskan peluangnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Beliau berkata, rakyat boleh memahami hasrat pihak tertentu yang dilihat mahu menyegerakan pendakwaan keatasnya dalam tempoh tiga hari siasatan dibuat. “Saya diambil jam 3 pagi, tanpa sebarang notis, saya hanya tahu didakwa melalui media, Berita Harian Online dan saya bersedia menghadapi kes ini,” katanya selepas berakhirnya prosiding pendakwaan kesnya di Mahkamah Sesyen, di Selayang. Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata,…
Read MoreKes Sanusi disebut semula 4 Oktober
SELAYANG 18 Julai – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, minggu lalu. Beliau yang berkemeja putih dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin. “Faham Yang Arif… Tidak (mengaku salah),” katanya. Muhammad Sanusi, 48 yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan…
Read More