PRN: Putra muktamadkan keputusan 23 Julai

KUALA LUMPUR : Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya negeri di enam negeri Ogos ini, kata Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali. Katanya, mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) parti yang berlangsung semalam masih berbelah bahagi di mana ada yang menyatakan perlu bertanding dan ada juga berpandangan tidak perlu. “Bagaimanapun, saya telah minta masa dan akan memanggil balik mesyuarat biro politik atau ADT selepas kita membuat perhitungan yang muktamad. “Dalam kata lain, tarikh akhir Putra membuat keputusan muktamad bertanding atau tidak…

Read More

Tunggu pengumuman 21 Julai

BANDAR BAHARU 16 Julai – Persoalan sama ada ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan terjawab apabila senarai calon Perikatan Nasional (PN) diumumkan pada 21 Julai ini. Menteri Besar yang juga Pengerusi PN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata senarai calon di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan beliau pada hari berkenaan. “Boleh tunggu kesahihan pada 21 Julai, kita akan buat pengumuman calon PN Kedah… saya jemput semua hadir ke Batu 9, Kompleks Pas Kedah untuk mengetahui siapa dalam senarai…

Read More

Sanusi mahu ambil tindakan undang-undang

BANDAR BAHARU 16 Julai – “Menuduh saya mencuri itu ‘clear cut’, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” begitu penegasan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau merujuk dakwaan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE). Semalam, Saifuddin dalam ceramah di Guar Chempedak, Gurun, berkata denda itu dikeluarkan tahun lalu oleh PTG Kedah ke atas Muhammad Sanusi atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi MBI Kedah. Muhammad Sanusi berkata maklumat dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana…

Read More

BN Negeri Sembilan tanding 17 kerusi

KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mempertahankan 16 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata satu lagi kerusi di DUN Lenggeng yang sebelum ini disandang oleh Suhaimi Kassim daripada Parti Amanah Negara (Amanah). Katanya, di atas kertas, BN bertanding 16 kerusi DUN, tetapi telah dipersetujui Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim (yang) telah membuat keputusan kerusi DUN Lenggeng diberikan kepada BN. “Tiada dakwa lagi,…

Read More

Pita undur jika gagal kali kedua

BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat bersedia mengundurkan diri dan membenarkan rakan sekutunya, Parti Pheu Thai membentuk kerajaan, jika beliau sekali lagi gagal mendapat sokongan yang mencukupi dalam undian pusingan kedua minggu depan. Melalui sebuah mesej video di media sosial semalam, Pita berkata, akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu untuk undian kedua. Beliau berkata, Parti Move Forward (MFP) yang memperoleh kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei mempunyai tanggungjawab untuk membentuk kerajaan, namun usaha berkenaaan tidak berjaya. “Saya akan berjuang sehingga akhir tetapi jika…

Read More