BN Negeri Sembilan tanding 17 kerusi

KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mempertahankan 16 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata satu lagi kerusi di DUN Lenggeng yang sebelum ini disandang oleh Suhaimi Kassim daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, di atas kertas, BN bertanding 16 kerusi DUN, tetapi telah dipersetujui Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim (yang) telah membuat keputusan kerusi DUN Lenggeng diberikan kepada BN.

“Tiada dakwa lagi, itu sebabnya saya katakan bahawa keputusan Majlis Presiden itu muktamad. Siapa nak cakap apa, cakaplah melainkan jika ada orang cuba menelan semula dia punya janji,” katanya ketika berucap pada Majlis Bahagian Angkat Pilihan Raya Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Mohamad yakin BN mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi nanti dengan persiapan jentera yang lancar dan dibantu jentera parti dari Johor dan Melaka pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyarankan semua jentera parti agar mengenal pasti ‘DNA’ lokaliti pengundi di semua pusat daerah mengundi (PDM) bagi mengukuhkan gerak kerja dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.

Media sebelum ini melaporkan Amanah Negeri Sembilan mengumumkan kekal bertanding di tiga kerusi DUN pada PRN kali ini iaitu di DUN Klawang, Lenggeng dan Paroi.

Pada PRU14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi DUN, menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Aminuddin Harun menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).

BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi.

Related posts

Leave a Comment