MALAM tadi, Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada semua pihak, termasuk pemimpin politik supaya tidak memainkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R – race, religion, royalty) hanya untuk mengekalkan serta meraih kuasa. Perdana Menteri berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan, dan akan mengambil tindakan jika didapati menimbulkan huru-hara dan mengorbankan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini. “Jadi setakat ini, cukup mesej ini. Ini maknanya amaran terakhir daripada kerajaan. Saya selaku perdana menteri tidak ada pilihan lain,”…
Read MoreDay: July 12, 2023
Ladang babi ternak ayam diarah tutup operasi
PUTRAJAYA 12 Julai – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengarahkan sebuah ladang babi di Seberang Perai yang turut menternak ayam pedaging dikosong dan ditutup selepas didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020. Arahan itu dikeluarkan selepas operasi bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) semalam bagi menyiasat aduan yang tular melalui video bahawa ladang itu menternak babi bersama ayam pedaging di dalam satu kawasan yang sama. Menurut satu kenyataan JPV hari ini, ladang itu melanggar Peraturan 19 (1) yang menyatakan bahawa semua spesies haiwan dan unggas lain hendaklah tidak dibenarkan…
Read MoreHanya penambahbaikan usul tidak percaya
KUALA LUMPUR 12 Julai – Speaker Dewan Negara, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan tiada cadangan undang-undang baharu untuk pemecatan Perdana Menteri, sebaliknya hanya menyarankan penambahbaikan dalam memberi ruang masa perbahasan Usul Tidak Percaya oleh Ahli Parlimen. Wan Junaidi berkata, temubualnya bersama media, semalam adalah mengenai cadangan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (Standing Orders) Dewan bagi penambahbaikan proses sedia ada. Katanya, ia merujuk kepada perbahasan Rang Undang-undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan (Private Bills), Usul Tidak Percaya dan Usul Mengemukakan Pendakwaan atau Pertuduhan (Impeachment), agar mendapat keutamaan masa dibandingkan…
Read MoreDAP tanding 11 kerusi di Negeri Sembilan
SEREMBAN 12 Julai – Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi DAP di Negeri Sembilan kekal 11 seperti mana ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Timbalan Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran, berkata kerusi berkenaan ialah Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut dan Repah. “Kami (DAP) akan mempertahankan kesemua 11 kerusi ini pada PRN akan datang. Kami yakin akan dapat memenangi kesemua kerusi berkenaan tanpa masalah besar. “Ini berdasarkan keputusan pada PRU15 lalu, menunjukkan sokongan pengundi kepada DAP masih kekal konsisten. “Malah,…
Read MoreBerita pilihan…
Bukan Islam paling ramai ditangkap rasuah
KUALA LUMPUR 12 Julai – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah. “Saya pegang (pendirian) sama macam Tok Guru (Abdul Hadi Awang) selagi saya benar, saya cakap. Pergi tengok rekod orang ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima, ramai (orang) bukan Islam. Itu fakta dan benar. “Sebab pada ketika kenyataan itu dikeluarkan, DAP memainkan (dakwaan) pemimpin Melayu ini rasuah. Semua ini pemimpin Melayu tak boleh dipercayai. “(Mereka kata) Lebih baik orang bukan Islam baik daripada pemimpin Islam yang…
Read MoreKomitmen hingga tamat tempoh 5 tahun
KUALA LUMPUR 12 Julai – Komitmen parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan makin bertambah bagi memastikan keutuhan gabungan itu sehingga tamat tempoh lima tahun pemerintahannya, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata semua parti akan memainkan peranan masing-masing untuk menjamin kestabilan supaya dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat. Beliau berkata, pimpinan parti akan perkukuhkan Kerajaan Perpaduan sekarang dan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak melayan sebarang usaha untuk menggugat kedudukan pentadbiran. “Saya sangat terharu dan bangga dengan kenyataan daripada pimpinan yang menyatakan kesediaan mereka untuk terus memperkukuh dan mengelak desas-desus…
Read More