Siapa ‘mangsa’ amaran terakhir 3R?

MALAM tadi, Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada semua pihak, termasuk pemimpin politik supaya tidak memainkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R – race, religion, royalty) hanya untuk mengekalkan serta meraih kuasa.

Perdana Menteri berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan, dan akan mengambil tindakan jika didapati menimbulkan huru-hara dan mengorbankan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini.

“Jadi setakat ini, cukup mesej ini. Ini maknanya amaran terakhir daripada kerajaan. Saya selaku perdana menteri tidak ada pilihan lain,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Anwar melihat keadaan ini agak serius kerana katanya sudah puluhan tahun, belum nampak dan lihat kenyataan yang melampau dan dibiarkan.

Justeru menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) – sekarang pun kempen sudah bermula – parti-parti politik perlu lebih berhati-hati ketika memperkatakan hal-hal berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja.

Pada masa yang sama elakkan satu lagi 3R iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula) isu-isu lama yang sensitif yang menyentuh 3R.

Tidak dinafikan setiap parti politik terutama yang berteraskan kaum dan agama sudah tentu mempunyai matlamat yang antara lain untuk mempertahankan bangsa dan agama. Dua isu ini berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Matlamat itu tidak salah tetapi ketika amaran diberikan apakah jalan keluar terhadap perjuangan parti politik berkaitan?

Adakah menjadi satu kesalahan apabila seseorang itu bercakap atau memberi pandangan mahu mempertahankan agama dan bangsanya apabila berasakan kedudukan mereka tergugat atau terancam?

Masalah sekarang, apabila yang bercakap mengenai 3R atau 2R itu orang politik dan niat mereka tidak dapat lari daripada tujuan politik. Cuma bagaimana mahu mentafsirkannya bahawa ia tiada kaitan dengan politik.

Dan bagaimana pula mahu mentafsirkan kedudukan agama dan kaum itu terancam yang pastinya mengikut persepsi masing-masing.

Mungkin membangkitkan isu 3R bagi tujuan menakutkan kumpulan atau pihak tertentu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana tujuan atau matlamatnya hanya untuk mendapatkan sokongan politik.

Bagaimanapun menyentuh tiga perkara itu secara objektif, dengan tujuan positif, tidak ada pihak yang mempertikaikannya malahan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 (1)(a) melindungi hak tiap-tiap warganegara untuk bebas bercakap dan bersuara.

Tetapi pada masa yang sama, kebebasan bercakap dan bersuara juga tertakluk kepada Fasal (2),(3)dan (4) Perkara 10 perlembagaan itu.

Justeru semua pihak terutama orang politik harus lebih berhati-hati supaya kenyataan mereka berkaitan 3R tidak menimbulkan kegusaran, ketakutan, kegelisahan, kebimbangan dan pelbagai lagi yang akhirnya boleh mengancam perpaduan. Tidak perlu menakutkan orang lain atas nama agama.

Jangan sesekali cuba menjolok sarang tebuan, jangan menjadi batu api, atau mencurah minyak ke atas api. Tersilap langkah akan menimbulkan keresahan atau ketakutan yang boleh menjejaskan perpaduan.

Amat malang apabila baru-baru ini timbul kontroversi mengenai apa yang didakwa kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng, diputar belit portal berita yang melakukan terjemahan tidak tepat.

Tentunya isu seperti ini dapat dielakkan jika ia tidak dikitar semula atau diselak semula menjelang PRN atas apa alasan sekali pun.

Walaupun penafian sudah dibuat, ucapan itu tetap boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud, apatah lagi parti politik yang akan menganggap cuba menakutkan pengundi terhadap tindakan parti lawan.

Sedangkan tindakan pihak berkenaan atas nama kerajaan dikatakan bertindak atas landasan undang-undang, bukan sengaja diambil untuk menindas mana-mana pihak yang dikaitkan dengan agama. Ini juga perlu dijelaskan.

Eloklah polis menjalankan siasatan bagi “membersihkan” nama Guan Eng. Disebabkan banyak pihak tidak berada di lokasi ucapan itu, pihak polis boleh mencari kebenarannya apa yang sebenarnya diucapkan oleh Guan Eng.

Kenapa contoh seperti itu terpaksa diselak semula selepas bertahun sudah berlaku? Apakah tujuannya? Ingat bertepuk sebelah tangan tidak akan

Related posts

Leave a Comment