Umrah Pakej Rahmah 1.0 Andalusia

KUALA LUMPUR 10 Julai –  Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), menawarkan pakej umrah serendah RM5,590 menerusi Pakej Rahmah 1.0 bagi musim 1445H bermula bulan ini sehingga April tahun depan. Syarikat pengendali umrah dan haji itu memperkenalkan pakej berkenaan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu lebih ramai masyarakat Islam yang belum pernah menunaikan umrah. Tawaran itu juga diperkenalkan setelah Andalusia memeterai memorandum persefahaman (MoU) buat julung kalinya bersama penerbangan kos rendah pertama (LCC) dan terbesar di Timur Tengah serta Afrika Utara, Air Arabia. Pengarah dan…

Read More

Guan Eng sedia beri kerjasama siasatan

BAGAN 10 Julai –  Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sedia bekerjasama sekiranya dipanggil pihak polis untuk siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R). Ahli Parlimen Bagan itu berkata, setakat ini beliau belum dipanggil polis untuk siasatan kenyataannya yang didakwa diputar belit sebuah portal berita yang melakukan terjemahan yang tidak tepat. Guan Eng berkata, akhbar berbahasa Mandarin yang menjadi rujukan portal berita terbabit sudah mengeluarkan kenyataan berasingan semalam. “Menurut mereka (akhbar berbahasa Mandarin), portal berita itu membuat terjemahan yang salah dan silap. Bila anda terjemah salah…

Read More

Masa depan Pulau Pinang di hujung tanduk?

BUKIT BENDERA 10 Julai – Masa depan Pulau Pinang seperti telur di hujung tanduk sekiranya rakyat negeri ini tidak berjaya mengalahkan usaha pihak lawan yang mahu menuntut balik Pulau Pinang untuk Kedah. Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebanyak 1.8 juta rakyat Pulau Pinang harus memastikan masa depan negeri dilindungi daripada mereka yang ingin hapuskan negeri ini. Katanya, kehidupan yang lebih baik adalah ditentukan oleh diri sendiri dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah. “Jika kita kalah, maksudnya kita kalah untuk masa depan Pulau…

Read More

Ayob Khan mulakan tugas Timbalan KPN

KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Ayob Khan Mydin Pitchay memulakan tugas rasminya hari ini sejurus tiba di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini. Beliau yang baharu kembali dari tanah suci Makkah pada 6 Julai lalu bersama isteri,  Zalena Mohd Ariffin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia tiba di pintu masuk utama Bukit Aman pukul 8.00 pagi ini. Ketibaannya ,diberikan “Guard Turn Out” oleh anggota Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman, sebelum kenderaan rasminya berhenti di lobi utama Menara 1.…

Read More

Muhyiddin ternak ayam

SEREMBAN 10 Julai – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah mula menternak ayam penelur di kebunnya bagi kegunaan sendiri sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran. “Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri,” katanya. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bagaimanapun mengakui bukan semua berkemampuan atau mempunyai kawasan yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam pada satu-satu masa. Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera…

Read More