KUALA LUMPUR 28 Jun – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu, berkuat kuasa Sabtu ini, 1 Julai 2023. Ahmad Shabery, 65, menggantikan Idris Jusoh yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Jumaat ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Felda memaklumkan, agensi itu optimis pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda yang berjalan selama ini. Ahmad Shabery menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018, dan pernah menjadi Menteri Penerangan dari Mac 2008 hingga awal April 2009…
Read MoreMonth: June 2023
Dr Mahathir tidak tanding PRN
SEPANG 28 Jun – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebaliknya mahu lebih aktif memberi sokongan dalam gerakan Proklamasi Melayu Bercakap pada sidang media di sini, Dr Mahathir akan memberi sokongan dalam gerakan orang Melayu yang mahu bahagian mereka dalam negara ini. “Mereka yang bimbang negara ini akan jadi milik orang lain, bukan lagi negara milik orang Melayu, tapi negara berbilang kaum yang menolak orang Melayu ke bawah dan jadi lebih miskin. “Itu objektif saya dan bukan untuk menjadi…
Read MoreHasrat MUDA tidak dilayan
KUALA LUMPUR 28 Jun – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa hasrat parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PH enggan melayan dan tidak memberikan maklum balas sedangkan kepemimpinan parti menghantar tiga surat memohon mengadakan pertemuan yang semuanya tidak diberi maklum balas. Justeru, Syed Saddiq berkata, anggapan yang menuduh pihaknya ‘tergesa-gesa’ dan enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak berasas. “MUDA seolah-olah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung PH (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)…
Read MoreKeputusan The Hague sahkan pendirian Malaysia
PUTRAJAYA 28 Jun – Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, yang menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, dibuat melalui proses timbang tara secara tegas berdasarkan tiga alasan penghakiman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata tiada Anugerah Akhir yang boleh diberikan secara sah disebabkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol yang sebelum itu melantiknya, seterusnya membatalkan semua tindakan prosedur oleh Stampa. Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa perjanjian…
Read MoreDUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
SEREMBAN 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi akan dibubar pada 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Menteri Besar, Aminuddin Harun, memaklumkan demikian selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Terdahulu, Aminuddin menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pukul 10 pagi ini di Istana Hingap. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN, manakala BN hanya…
Read MoreWukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin selesai menunaikan rukun Haji terpenting iaitu wukuf di padang Arafah. Menurut hantaran Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua serta rombongan kemudian bermabit di Muzdalifah dan turut melaksanakan ibadah tawaf Haji, sai’e dan tahallul awal di Masjidil Haram.
Read MoreBerita pilihan…
Cadang Tengku Zafrul calon DUN
SHAH ALAM 28 Jun – UMNO Bahagian Kota Raja mencadangkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. memohon pertimbangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) supaya meletakkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar, berkata pihaknya memohon pertimbangan Pakatan Harapan (PH) supaya Tengku Zafrul…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 28.06.2023
Laos minat kerjasama pensijilan halal
VIENTIANE 28 Jun – Laos berminat menjalin kerjasama dengan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pensijilan halal untuk produk keluaran negara itu, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatnya Dr Sonexay Siphandone dalam pertemuan kedua-dua pemimpin, hari ini. “Pensijilan ini akan diselenggara oleh Jakim dan beliau sangat tertarik dan akan arah pegawainya untuk bekerjasama dengan Jakim bagi mengembangkan industri halal di Laos,” katanya kepada media Malaysia. Pada hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Laos, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan Siphandone di…
Read More