Shabery ganti Idris di Felda

KUALA LUMPUR 28 Jun – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu, berkuat kuasa Sabtu ini, 1 Julai 2023.

Ahmad Shabery, 65, menggantikan Idris Jusoh yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Felda memaklumkan, agensi itu optimis pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda yang berjalan selama ini.

Ahmad Shabery menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018, dan pernah menjadi Menteri Penerangan dari Mac 2008 hingga awal April 2009 sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan

Bekas Ahli Parlimen Kemaman ini berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (UM), selain ijazah sarjana sains politik dari University of Leeds, United Kingdom (UK) dan diploma lanjutan dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden.

Ahmad Shabery pernah menjadi pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM dan felo penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).

Dalam politik, beliau adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).

Related posts

Leave a Comment