SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin selesai menunaikan rukun Haji terpenting iaitu wukuf di padang Arafah.
Menurut hantaran Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua serta rombongan kemudian bermabit di Muzdalifah dan turut melaksanakan ibadah tawaf Haji, sai’e dan tahallul awal di Masjidil Haram.
