Cadang Tengku Zafrul calon DUN

SHAH ALAM 28 Jun – UMNO Bahagian Kota Raja mencadangkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

memohon pertimbangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) supaya meletakkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar, berkata pihaknya memohon pertimbangan Pakatan Harapan (PH) supaya Tengku Zafrul yang juga ketua UMNO bahagian itu mewakili calon Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sebagai seorang yang berdedikasi, berintegriti, dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran, Tengku Zafrul mempunyai visi dan misi yang jelas untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat di kawasan itu.

“Saya yakin Tengku Zafrul akan berusaha gigih memajukan kawasan DUN yang beliau tandingi dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Raof berkata, hasrat mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu selari dengan semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada peringkat pusat.

Pada masa sama adalah wajar jika kerusi DUN Sungai Kandis yang mempunyai hampir 70 peratus pengundi Melayu diwakili oleh UMNO.

“Hasrat ini harus dizahirkan dan dipertimbangkan kepimpinan parti gabungan BN- PH demi memberi keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment