Rapatkan ukhwah, erat hubungan

SEPANG 28 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor. Baginda mengingatkan bahawa Aidiladha mengajar kita agar mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan sanggup berkorban untuk membantu yang miskin serta menginsafi nasib golongan yang lebih daif. Melalui catatan di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua yang sedang menyempurnakan ibadah haji menyeru umat Islam bersama-sama menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai orang Islam yang patuh kepada ajaran Allah SWT…

Read More

Melontar jamrah

MINA: Sejak subuh hari ini, ratusan ribu jemaah melontar jamrah bagi menunaikan ibadah yang melambangkan lontaran batu ke arah syaitan pada musim haji terbesar sejak pandemik. Di bawah terik matahari, jemaah haji yang berasak mula melontar batu ke arah tiga tiang, sebelum bergerak ke Makkah untuk tawaf terakhir dengan berjalan mengelilingi Kaabah di Masjidilharam. Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan Covid-19 pada 2020. Sebelum itu, musim haji merekodkan kira-kira 2.5 juta jemaah pada 2019. Sementara itu di…

Read More

Satu amanah, tanggungjawab – Shabery

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pelantikannya sebagai Pengerusi Felda yang baharu adalah satu amanah untuk membela warga peneroka. Beliau berkata, pelantikan itu juga sebagai satu tanggungjawab yang berat untuk mengangkat Felda  ke persada dunia seterusnya memberi impak yang positif dalam pembinaan negara dan bangsa. “Ia tidak mungkin dicapai tanpa dokongan kuat dari kerajaan, warga FELDA dan semua pihak yang terlibat dengannya,” katanya, di laman Facebook rasminya, hari ini. Beliau turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri,…

Read More

5 juta dijangka guna lebuh raya

SEPANG 28 Jun –  Lebih lima juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula semalam sehingga Isnin ini. “Jumlah purata peningkatan trafik harian di seluruh lebuh raya mampu mencecah sehingga 5.1 juta transaksi kenderaan,” katanya selepas meninjau persediaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjelang Hari Raya Aidiladha di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hari ini. Katanya, daripada jumlah itu, purata harian trafik di…

Read More

Semoga pengorbanan rakyat diberi ganjaran

KUALA LUMPUR 28 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Menerisi catatan di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdoa supaya segala pengorbanan rakyat Malaysia dalam menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT. Seri Paduka yang berada di Makkah turut berdoa semoga jemaah haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air selepas menunaikan…

Read More

Idris bawa pelbagai kejayaan Felda

KUALA LUMPUR 28 Jun –  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Pengerusinya Tan Sri Idris Jusoh yang berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan dalam tempoh tiga tahun perkhidmatan. Dalam kenyataannya, Felda berkata, Idris telah mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan dikecapi agensi ini serta warga peneroka. “Antara kejayaan paling besar ialah peningkatan produktiviti ladang peneroka yang meningkat lebih dua tan perhektar setahun, iaitu daripada 17.29 tan perhektar pada 2021 kepada 19.43 tan perhektar pada 2022,” kata kenyataan itu. Peningkatan hasil ini secara langsung turut meningkatkan pendapatan warga…

Read More

Shabery ganti Idris di Felda

KUALA LUMPUR 28 Jun – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu, berkuat kuasa Sabtu ini, 1 Julai 2023. Ahmad Shabery, 65, menggantikan Idris Jusoh yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Jumaat ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Felda memaklumkan, agensi itu optimis pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha transformasi Felda yang berjalan selama ini. Ahmad Shabery menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015 hingga 2018, dan pernah menjadi Menteri Penerangan dari Mac 2008 hingga awal April 2009…

Read More

Dr Mahathir tidak tanding PRN

SEPANG 28 Jun –  Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebaliknya mahu lebih aktif memberi sokongan dalam gerakan Proklamasi Melayu Bercakap pada sidang media di sini, Dr Mahathir akan memberi sokongan dalam gerakan orang Melayu yang mahu bahagian mereka dalam negara ini. “Mereka yang bimbang negara ini akan jadi milik orang lain, bukan lagi negara milik orang Melayu, tapi negara berbilang kaum yang menolak orang Melayu ke bawah dan jadi lebih miskin. “Itu objektif saya dan bukan untuk menjadi…

Read More

Hasrat MUDA tidak dilayan

  KUALA LUMPUR 28 Jun –  Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa hasrat parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PH enggan melayan dan tidak memberikan maklum balas sedangkan kepemimpinan parti menghantar tiga surat memohon mengadakan pertemuan yang semuanya tidak diberi maklum balas. Justeru, Syed Saddiq berkata, anggapan yang menuduh pihaknya ‘tergesa-gesa’ dan enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak berasas. “MUDA seolah-olah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung PH (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)…

Read More

Keputusan The Hague sahkan pendirian Malaysia

PUTRAJAYA 28 Jun –  Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, yang menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, dibuat melalui proses timbang tara secara tegas berdasarkan tiga alasan penghakiman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata tiada Anugerah Akhir yang boleh diberikan secara sah disebabkan pembatalan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol yang sebelum itu melantiknya, seterusnya membatalkan semua tindakan prosedur oleh Stampa. Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa perjanjian…

Read More