1.6 juta jemaah masuk Arab Saudi setakat Ahad

MINA : Setakat Ahad, sebanyak 1,659,837 jemaah dari seluruh dunia memasuki Arab Saudi melalui laluan udara, darat dan laut untuk musim haji tahun ini.

Menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi seperti dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), sebanyak 1,592,199 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 penerima `Makkah Route Initiative’.

Jumlah ketibaan melalui pelabuhan darat pula seramai 60,807, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

Pihak direktorat komited untuk menggunakan semua keupayaan yang ada untuk memudahkan prosedur kemasukan jemaah haji.

Ini termasuk melengkapkan platform di pelabuhan udara, darat dan laut antarabangsa dengan peranti teknologi terkini serta dikendalikan oleh kakitangan berkelayakan yang mahir dalam pelbagai bahasa.

Related posts

Leave a Comment