VIENTIANE 28 Jun – Laos berminat menjalin kerjasama dengan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pensijilan halal untuk produk keluaran negara itu, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatnya Dr Sonexay Siphandone dalam pertemuan kedua-dua pemimpin, hari ini. “Pensijilan ini akan diselenggara oleh Jakim dan beliau sangat tertarik dan akan arah pegawainya untuk bekerjasama dengan Jakim bagi mengembangkan industri halal di Laos,” katanya kepada media Malaysia. Pada hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Laos, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan Siphandone di…
Read MoreDay: June 27, 2023
Kerusi Marang sah, Kuala Terengganu batal
KUALA TERENGGANU: Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi membatalkan kemenangan Presiden Pas itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Bagaimanapun dalam satu keputusan lain, Mahkamah Pilihan Raya di sini, membatalkan kemenangan calon Pas, Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN, Mohd Zubir Embong. Bagi kerusi Marang, Hakim Mahkamah Tinggi, Hassan Abdul Ghani, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya, mendapati pihak pempetisyen, Jasmira Othman,…
Read MoreMalaysia sambut baik keputusan The Hague
PUTRAJAYA 27 Jun – Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang merupakan Pihak yang Menuntut dalam kes Sulu ini. Keputusan ini sekaligus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah…
Read MoreHenti umum projek selepas bubar DUN
KUALA LUMPUR 27 Jun – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan negeri yang Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan supaya berhenti membuat keputusan penting atau mengumumkan sebarang projek baharu. Jawatankuasa Pemandu BERSIH dalam kenyataannya, mengingatkan kerajaan negeri Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu, kini hanya berperanan sebagai kerajaan sementara selepas pembubaran DUN. “Disebabkan fungsinya untuk memastikan operasi asas berjalan sehingga pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara ini perlu berhenti daripada membuat keputusan penting atau mengumumkan sebarang projek baharu. “Sebarang keputusan atau pengumuman baharu secara demokratiknya adalah…
Read MoreJangan muat turun Pink WhatsApp
PUTRAJAYA 27 Jun – Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai “Pink WhatsApp,” kerana ia menimbulkan risiko keselamatan yang serius. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik. Ia juga menawarkan halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular. Bagaimanapun, selepas dimuat turun aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item di…
Read MoreTerengganu cadang bubar esok
KUALA TERENGGANU 27 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau menyatakan demikian selepas selesai menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran DUN Terengganu pada esok dan kerajaan negeri menunggu perkenan baginda. Ahmad Samsuri pada sidang media ringkasnya di luar pekarangan istana memaklumkan, satu kenyataan rasmi berkaitan pembubaran DUN Terengganu…
Read More1.5 juta dijangka guna lebuh raya ke Timur
KUANTAN 27 Jun – Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad (ANIH) menjangkakan kira-kira 1.5 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena Aidiladha minggu ini. Ketua Pegawai Eksekutif ANIH, Imran Gulcharan Abdullah, berkata jangkaan itu berdasarkan lonjakan trafik yang signifikan ketika musim perayaan ini dengan lebih 1 juta kenderaan menggunakan KLK, peningkatan 70 peratus kenderaan. Selain itu, katanya, kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melalui LPT1 dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata cuti perayaan yang bersambung dengan cuti…
Read MoreTiada wabak ancam kesihatan jemaah
MINA : Tiada wabak atau penyakit yang mengancam kesihatan awam jemaah haji direkodkan sehingga kini dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan status kesihatan umum jemaah sepanjang musim ini adalah baik. Jurucakapnya, Dr Mohammed Al-Abdali, berkata segala langkah diambil Kementerian Kesihatan juga dilihat tepat pada musim haji kali ini. Katanya, jumlah pembantu kesihatan pada musim haji tahun ini melebihi 32,000 orang bagi menyediakan perkhidmatan kepada jemaah bermula dari ketibaan ke negara ini melalui 14 pintu masuk sama ada laut, udara atau darat. Menurutnya, rangkaian perkhidmatan kesihatan diberikan kepada jemaah haji membabitkan…
Read MoreBerita pilihan…
1.6 juta jemaah masuk Arab Saudi setakat Ahad
MINA : Setakat Ahad, sebanyak 1,659,837 jemaah dari seluruh dunia memasuki Arab Saudi melalui laluan udara, darat dan laut untuk musim haji tahun ini. Menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi seperti dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), sebanyak 1,592,199 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 penerima `Makkah Route Initiative’. Jumlah ketibaan melalui pelabuhan darat pula seramai 60,807, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut. Pihak direktorat komited untuk menggunakan semua keupayaan yang ada untuk memudahkan prosedur kemasukan jemaah haji. Ini termasuk melengkapkan platform di pelabuhan udara, darat dan laut…
Read More