UMNO Kedah dijangka tanding 15 kerusi

PENDANG 23 Jun – UMNO Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Mahdzir Khalid.

Beliau berkata keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri itu dijangka selesai sebelum Aidiladha ini.

Katanya , dua aripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dapat dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Saya ingat yang itu bukan isu untuk diselesaikan. Insya-Allah sebelum raya haji ini kita boleh selesai,” katanya selepas memberi taklimat persiapan PRN UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang, di sini, hari ini.

Mengenai persediaan parti, beliau berkata, BN sudah memulakan gerak kerja, termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN.

“Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PDM, maka kita akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itu. Katakan di Tokai ada 21 PDM, maka tubuh 21 jawatankuasa,” jelasnya.

Related posts

Leave a Comment