Ramah mesra bersama pelajar

MADINAH : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan 15 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi semalam. Sesi tersebut berlangsung di Hotel Hilton Madinah selepas Seri Paduka Baginda selesai menunaikan solat Isya’ dan menziarahi makam dan Raudhah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah. Menurut hantaran Facebook Istana Negara, turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Read More

Kejiranan Madani Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 23 Jun –  Mulai tahun ini, kerajaan akan membangunkan Kejiranan Madani Wilayah Persekutuan untuk golongan M40, B40 dan rentan miskin di mana golongan ini akan tinggal dalam satu kawasan kejiranan sama. Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan demikian berkata, kelompok sasar terbabit akan tinggal dalam persekitaran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Beliau berkata, pembangunan Kejiranan Madani itu bukan hanya membabitkan kediaman untuk dijual, tetapi juga untuk disewa yang akan ditawarkan mengikut kategori pendapatan. Katanya, kejiranan itu melibatkan beberapa komponen iaitu Residensi Prihatin Madani, Residensi Madani dan Residensi…

Read More

Wanita pertama Laksamana Pertama Maritim

PUTRAJAYA 23 Jun – Kapten Maritim Zulinda Ramly menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sejak penubuhannya 18 tahun lalu. Zulinda, 46, ibu kepada empat anak itu adalah antara sembilan pegawai yang dinaikkan pangkat dalam majlis pemakaian pangkat hari ini. Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia yang juga Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia,  Saiful Lizan Ibrahim di sini. Maritim Malaysia dalam kenyataan, berkata Zulinda memegang banyak portfolio membabitkan operasi dan antara kejayaannya adalah mengetuai pelbagai operasi khas…

Read More

UMNO Kedah dijangka tanding 15 kerusi

PENDANG 23 Jun – UMNO Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Mahdzir Khalid. Beliau berkata keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri itu dijangka selesai sebelum Aidiladha ini. Katanya , dua aripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dapat dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi. “Saya ingat yang itu bukan isu untuk diselesaikan. Insya-Allah sebelum raya haji ini…

Read More

Belum ada keputusan harga beras naik

KOTA KINABALU 24 Jun – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung harga  beras di negara ini yang akan mengalami kenaikan mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub. Beliau berkata, pihaknya juga belum menerima apa-apa maklumat berkaitan penyusutan hasil padi disebabkan fenomena el-nino, yang didakwa menjadi punca penurunan bekalan yang kemudiannya mendorong kenaikan harga beras. “Kita belum dapat lagi fakta itu, saya baru baca hari ini tetapi memang kita bersedia sebenarnya untuk menghadapi fenomena el-nino ini. Namun, kita sudah minta pegawai untuk mendapatkan maklumat…

Read More

Razarudin mula tugas Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memulakan tugas rasmi di Bukit Aman, hari ini sejurus tiba di pintu masuk utama Bukit Aman pada pukul 8 pagi. Ketibaan beliau disambut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara. Razaruddin kemudian menandatangani dokumen memulakan tugas diikuti majlis bacaan doa selamat di pejabatnya yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @…

Read More

Ronnie Liu tinggalkan DAP

SEPANG 23 Jun – Selepas 41 tahun bersama DAP, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu mengumumkan pengunduran daripada parti itu serentak pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 hari ini. Dalam surat bertarikh 23 Jun kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu memohon pucuk pimpinan parti untuk menamatkan keahliannya berkuat kuasa esok (24 Jun). “Saya melibatkan diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982. Namun selepas 41 tahun bersama DAP,…

Read More

Penyokong UMNO disaran sokong Pas

KOTA BHARU 23 Jun –  Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menyarankan  penyokong UMNO menyokong Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam negeri tidak lama lagi. Katanya, penyokong UMNO sudah tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menyokong Pas demi masa depan agama Islam dan kepentingan ummah. “Jika nak tukar pemimpin, saya yakin mereka yang sedia ada dalam parti tidak berani untuk bersuara memandangkan mereka yang berani sudah habis dipecat,” katanya pada Program Sembang Santai bersama  Noh Omar sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, di sini,…

Read More