Serangan Israel cecah paras tertinggi

BAITULMUQADDIS : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, serangan dilakukan oleh penceroboh haram Israel ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh sebulan lalu.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mendedahkan, sebanyak 264 serangan dicatatkan sepanjang Oktober lalu, iaitu jumlah bulanan terbesar sejak PBB mula merekodkan kes itu pada 2006.

Sejak 2006, OCHA telah mendokumentasikan lebih 9,600 serangan sedemikian, dan kira-kira 1,500 daripadanya berlaku pada tahun 2025 sahaja, atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Peningkatan itu berlaku walaupun gencatan senjata yang dipersetujui oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa di Gaza pada Oktober.

Tebing Barat, yang menempatkan 2.7 juta rakyat Palestin, menjadi kancah keganasan terbesar kerana perancangan menubuhkan negara Palestin masa hadapan yang akan wujud bersama Israel.

Dalam perkembangan lain yang turut dibimbangi, OCHA mengesahkan seramai 42 kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat setakat tahun ini.

Angka itu bermaksud seorang daripada setiap lima rakyat Palestin yang terbunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat pada 2025 adalah kanak-kanak.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan Israel telah menerima jasad salah seorang daripada enam tebusan terakhir yang ditahan oleh pejuang Palestin.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, sebelum ini memaklumkan mereka dan sayap bersenjata Jihad Islam akan menyerahkan mayat tebusan yang ditemui di bandar Khan Younis.

Penyerahan itu dibuat selepas Hamas pada permulaan gencatan senjata telah membebaskan semua 20 tebusan yang terselamat daripada serangan 7 Oktober 2023, sebagai pertukaran kepada ratusan tahanan Palestin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment