SEPANG: Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi. Keputusan mesyuarat Majlis Presiden PN petang ini melibatkan 36 kerusi di Kedah, diikuti Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), 56 kerusi di Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36). Menurut kenyataan PN, jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh Bersatu ialah 83 kerusi, Pas 126 kerusi dan Gerakan 36 kerusi. “Jumlah kerusi baharu bukan incumbent yang bakal ditandingi oleh Anggota Parti Perikatan Nasional…
Read MoreDay: June 22, 2023
Sultan Selangor di Masjid Nabawi
SEPANG 22 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dijangka berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji pada 23 Jun. Menurut perkongsian Facebook Selangor Royal Office, ketika ini baginda berdua berada di Madinah, menunaikan solat-solat fardhu dan beriktikaf di Masjid Nabawi. Melalui hantaran sebelum ini, baginda tiba di Madinah pada 20 Jun lalu bagi melaksanakan ziarah di Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah SAW. Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji jatuh pada hari Selasa, 27 Jun, manakala Hari…
Read MoreDUN Kelantan bubar hari ini
KOTA BHARU 22 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, menjadi DUN pertama dibubarkan selepas Menteri Besar Ahmad Yakob mengumumkan Rabu lalu, bahawa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan membubarkannya hari ini. Pembubaran secara rasmi DUN yang mempunyai 45 kerusi bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang sepatutnya berakhir pada 26 Jun ini. Dengan pembubaran itu, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan dalam tempoh 60 hari dan dijangka serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Pada Pilihan Raya Umum ke-14…
Read MoreAgong, Permaisuri tiba di Madinah
KUALA LUMPUR 22 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Kota Suci Madinah, Arab Saudi semalam. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). Menurut catatan Facebook Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan paduka-paduka anakanda disambut Gabenor…
Read MoreErdogan, Dr M setuju Sidang Kemuncak Istanbul
KUALA LUMPUR 22 Jun – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan Sidang Kemuncak Istanbul yang akan mengetengahkan isu berkaitan hal ehwal umat dan negara Islam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur, pada 2019. Menurut kenyataan yang dikongsi dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Erdogan mencadangkan sidang itu diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini. Erdogan menyatakan hasrat itu kepada bekas Perdana Menteri dalam pertemuan antara kedua-duanya di Kompleks Presiden di Ankara, Turki, semalam. Pertemuan itu berlangsung selama sejam dan perbincangan tertumpu kepada perkara…
Read MoreEmpat kerusi pertindihan PH-BN belum selesai
PUTRAJAYA 22 Jun – Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri disifatkan paling mudah, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata rundingan bersama rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu adalah lebih baik berbanding ketika PH bekerjasama dengan Pas sebelum ini yang dibayangi dengan isu pengkhianatan. “Kalau satu paling susah, 10 paling senang, rundingan dengan UMNO terletak pada (skala) 9.5. Paling penting apabila berunding dengan UMNO, dia letak semua hujah atas meja. Apabila runding dengan Pas,…
Read More