Visa 90 hari di Arab Saudi

RIYADH: Arab Saudi yang membuka semula sempadannya menyenaraikan 49 negara yang layak memohon visa khas bagi membolehkan pelawat menghabiskan sehingga 90 hari di negara itu, dan menunaikan umrah selain kegiatan pelancongan.

Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura antara negara anggota ASEAN yang disenaraikan di mana warganegara boleh memohon visa elektronik yang sah selama setahun dan proses permohonannya kini dipermudahkan.

Menurut laporan Saudi Gazette semalam, antara syarat mendapatkan visa pelancongan itu dan kemasukan ke Arab Saudi adalah mendapatkan vaksinasi penuh menggunakan salah satu vaksin yang diiktiraf negara itu.

Pengunjung juga perlu menunjukkan keputusan ujian PCR yang negatif dalam tempoh 72 jam sebelum  keberangkatan dan pendaftaran di portal Muqeem.

Pelancong atau pengunjung warganegara 49 negara terpilih itu layak memohon e-visa itu untuk menunaikan umrah dan aktiviti pelancongan yang ditawarkan Arab Saudi.

Negara yang layak adalah Amerika Syarikat, Kanada, Andorra, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Belanda, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Monaco, Montenegro, Norway, Poland, Portugal, Romania, Rusia, San Marino, Slovakia, Slovenia, Ukraine, United Kingdom, Switzerland, San Marino, Spain, BRUNEI DARUSSALAM, China (termasuk Hong Kong dan Macau), serta Jepun, Kazakhstan, MALAYSIA , SINGAPURA, Korea Selatan, Oceania, Australia dan New Zealand.

Related posts

Leave a Comment