KUALA LUMPUR 21 Jun – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa perangai laskar siber Pakatan Harapan (PH) menjadi satu liabiliti kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Katanya, tindak-tanduk ‘cybertrooper’ PH yang gemar menyebar berita palsu dengan tujuan menimbulkan persepsi menyebabkan masyarakat kurang senang dengan gabungan itu. “Antara sebab saya dan sebahagian besar rakyat tidak berapa senang dengan PH adalah kerana perangai laskar siber PH. “As much as (sebanyak mana) mereka fikir mereka (laskar siber) cuba membantu kerajaan sedia ada, tetapi sebenarnya mereka adalah liabiliti kepada Perdana Menteri,” katanya ketika bercakap…
Read MoreDay: June 21, 2023
Pemeteraian ambil kira pandangan pakar maritim negara
KUALA LUMPUR 21 Jun – Kementerian Luar Negeri ((KLN) sekali lagi menegaskan pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi antara Malaysia- Indonesia berkaitan Persempadanan Laut Wiayah bagi kedua-dua negara telah mengambil kira pandangan dan nasihat pakar maritim negara. KLN dalam kenyataan enam muka surat hari ini berkata, terdapat persepsi dan dakwaan yang salah berkaitan kedua-dua triti itu walaupun ia sudah dijelaskan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Menurut kenyataan itu, pemeteraian triti berkenaan telah mengambil kira nasihat dan pandangan pakar maritim negara, iaitu…
Read MorePengerusi FELDA tamat perkhidmatan lebih awal
KUALA LUMPUR 21 Jun – Pengerusi FELDA, Idris Jusoh akan menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 30 Jun ini, iaitu lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu Mei tahun depan. Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, tindakan beliau mengundur diri daripada jawatan berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada kerajaan untuk melantik pengganti yang lebih bersesuaian. “Saya telah menerima keputusan dari pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi FELDA berkuatkuasa pada 30/06/2023. Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari…
Read MoreRazarudin Ketua Polis Negara, Ayob Khan Timbalan
KUALA LUMPUR 21 Jun – Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, 61 dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuatkuasa 23 Jun 2023. Pelantikan Razarudin Husain itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal. Pada masa yang sama bagi mengisi kekosongan orang No.2 dalam pasukan polis itu, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay , 57 dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuat kuasa pada hari yang sama. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan…
Read MoreBerita pilihan…
Agong berangkat ke Makkah tunai haji
KUALA LUMPUR 21 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpesan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjaga negara sebelum baginda berangkat menunaikan haji, hari ini. Menurut laporan Bernama, majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara, turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Baginda ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.…
Read MoreSaya bukan pengecut, pelarian – Raja Petra
PUTRAJAYA 21 Jun – Raja Petra Kamarudin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sebagai pengecut untuk balik ke Malaysia. Penulis blog kontroversi itu sebaliknya mendakwa kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air kerana dikatakan boleh membawa bahaya kepada kerajaan. Katanya, pelbagai cara sudah dilakukan untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Najib Razak. Beliau juga mendakwa turut mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini. “Pengkritik menghina saya…
Read MoreDr Mahathir kunjungi Erdogan
PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Menurut Facebook Erdogan, pertemuan itu berlangsung di Kompleks Istana Presiden. Kali terakhir Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke tujuh mengadakan lawatan ke Turkiye pada bulan Julai 2019 dan Erdogan membalas lawatan tersebut pada Disember tahun yang sama. Semasa lawatan 2019, Dr Mahathir menerima pingat ‘Turkish Order of the Republic’, pemimpin ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu, iaitu anugerah kedua tertinggi di Turkiye selepas ‘Order of the State. Dalam lawatan yang sama, Dr Mahathir dianugerahkan…
Read More