PUTRAJAYA 19 Jun – Semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pendirian itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama anggota Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di sini hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata KSP RMK-12 perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa. “(Oleh itu) Input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK-12…
Read MoreDay: June 19, 2023
Pilihan KJ terus jadi persoalan
KUALA LUMPUR 19 Jun – Ketika berlegar surat palsu tawaran jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Ketua Pemuda UMNO itu pula memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin Yassin. Khairy menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory bagaimanapun tidak memberi sebarang keterangan berhubung gambar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang menunjukkan mereka kelihatan tersenyum. Pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepemimpinan PN minggu depan (minggu ini) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut. Sebelum ini, Bersatu menawarkan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi kepada…
Read MorePH Selangor tidak pandang rendah PN
SHAH ALAM 19 Jun – Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak akan memandang rendah usaha dan impian Perikatan Nasional (PN) yang mahu merampas negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Pengerusinya , Amirudin Shari Katanya, ia susulan PN meletakkan tanggungjawab kepada Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, untuk memberikan negeri itu sebagai ‘hadiah’ kepada gabungan parti berkenaan. “Itu strategi mereka tetapi ketika pilihan raya umum lalu kita berdepan Azmin namun dengan kekukuhan kita, majoriti kerusi Parlimen iaitu 16 dimenangi PH di Selangor. “Jadi saya percaya kubu PH…
Read MoreWukuf 27 Jun, Aidiladha 28 Jun
MAKKAH 19 Jun – Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf, kemuncak haji, pada Selasa, 27 Jun ini, sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun. Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji itu. Wukuf dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (27 Jun) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah. Syed Saleh dalam sidang media di sini berkata,…
Read MoreDr Wan Junaidi Speaker Dewan Negara
KUALA LUMPUR 19 Jun – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 menggantikan Rais Yatim yang tamat perkhidmatan baru-baru ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), itu adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. Usul pencalonan Wan Junaidi dikemukakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Terdahulu, Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, bersama dua yang lain iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden Parti Amanah…
Read MoreDUN Selangor bubar 23 Jun
KLANG 19 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, Jumaat ini 23 Jun 2023, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini, baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor. Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari menghadap baginda bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu. Sultan Sharafuddin ketika bertitah pada istiadat itu menegaskan, walaupun tarikh pembubaran berkuatkuasa 23 Jun, namun istiadat diadakan lebih awal kerana baginda…
Read More