Majlis Ilmu Madani beri kefahaman

PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata penganjuran Majlis Ilmu Madani adalah selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara Madani yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai. Katanya,  ia terutamanya membabitkan nilai asas pembentukan negara Madani iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah. “Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam…

Read More

Hari Raya Aidiladha 29 Jun

KUALA LUMPUR 18 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini, demikian pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman. Dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini, beliau memberitahu, 1 Zulhijah 1444 Hijrah adalah pada Selasa ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi. “Oleh yang…

Read More

Segerakan projek Loji Rawatan Air Tok Bali

BACHOK: Perdana Menteri mahu projek Loji Rawatan Air Tok Bali dan penggantian paip air di Bachok dilaksanakan segera melalui peruntukan RM500 juta yang disalurkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan. Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan p RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini. “Namun, ia (peruntukan) perlu diuruskan mengikut saluran yang betul. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini untuk menyelesaikan masalah air. “Peruntukan itu bagi penggantian paip di Bachok dan Projek Loji Air di Tok Bali, Pasir Puteh…

Read More

Tajuddin tidak terlibat 10 ‘warlord’ UMNO

IPOH 18 Jun – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau adalah antara 10 orang ‘warlord’ atau pemimpin UMNO yang digembar-gemburkan akan menyertai Perikatan Nasional (PN). Beliau tidak tahu menahu mengenai laporan kemasukan pemimpin UMNO itu yang dikatakan akan berlaku sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. “Mengenainya (10 ‘warlord’), ia tiada kena-mengena dengan saya. Saya tak tahu-menahu, Lillahi Taala, saya bukan salah seorang dari 10 itu,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel, di sini, hari ini. Pada 12 Jun lalu, media melaporkan…

Read More

718,030 jemaah tiba di Madinah

RIYADH: Seramai 718,030 jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini. Memetik statistik dilaporkan SPA, Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata, jumlah ketibaan pada hari Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah. Laporan statistik juga menunjukkan 556,953 jemaah berlepas ke Makkah pada Sabtu, manakala jumlah jemaah yang tinggal di Madinah sehingga semalam mencecah 161,021 jemaah. Ketika ini, kadar penghunian perumahan di Madinah adalah 54 peratus, dan 32,631 jemaah haji mendapat manfaat…

Read More

Arahan tegas, berani jalankan tugas

KOTA BHARU 18 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, kata Perdana Menteri, arahannya kepada semua agensi termasuk penguatkuasaan supaya menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani. “Saya sentiasa mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengulangi sikap gelojoh untuk pegang jawatan, anak beranak diberi jawatan, beri kontrak sesuka hati serta mengambil komisen. “Jika disiasat dan didakwa, mereka akan kata ini semua tindakan politik. Saya sebut kerana saya mahu penjawat awam berada di landasan yang…

Read More

Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi

KUALA LUMPUR 18 Jun – Jenazah Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi ini. Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan dengan diimamkan oleh anak sulungnya Ahmad Naji, bersama jemaah di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya. Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Paizah Ismail dan tiga anak, Ahmad Naji, 48,…

Read More

33 tahun Pas Kelantan bebas rasuah

KOTA BHARU 18 Jun – Pas mendakwa pentadbirannya di Kelantan selama 33 tahun bersih daripada isu rasuah atau pecah amanah walaupun parti itu dilabel sebagai tidak tahu memerintah berikutan dasar Membangun Bersama Islam. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pencapaian itu sepatutnya dibanggakan kerana ia adalah nilai sebenar yang perlu ada dalam sesebuah kerajaan dan bukannya hanya pembangunan semata-mata. Katanya, Kelantan mementingkan agama dan rakyat menyokong Pas kerana mahu lihat Islam terus gah dan mendakwa perkara itu tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan hari ini. “Walaupun kita digelar…

Read More