“Saya lebih suka orang panggil Kit”

KUALA LUMPUR 5 Jun – Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah kepadanya tetapi meminta orang ramai terus memanggilnya dengan nama Kit, walaupun kini sudah bergelar Tan Sri. “Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah, tetapi saya lebih suka orang hanya memanggil saya Kit,” tulisnya ringkas. Kit Siang, antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. Pasa majlis itu, Kit Siang bersama 36 individu lain dianugerahkan Panglima Setia…

Read More

Rundingan agihan kerusi BN-PH selesai

MARANG 5 Jun –  Rundingan pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Terengganu sudah selesai, kata Pengerusi UMNO negeri, Dr Ahmad Said. Beliau berkata jumlah kerusi dan kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) akan ditandingi calon BN dan PH akan diumumkan presiden parti masing-masing. Katanya, rundingan pengagihan kerusi di peringkat negeri diadakan sebanyak tiga kali sebelum diserahkan kepada pimpinan tertinggi parti. “Kita serahkan kepada presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat keputusan muktamad. Terpulang kepada presiden parti dalam PH…

Read More

Pendirian Dr. Akmal dapat pujian KJ

SEPANG 5 Jun –  Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memuji Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang bertegas tidak akan menjemput wakil parti membentuk Kerajaan Perpaduan ke persidangan agung sayap itu. Khairy,  bekas Ketua Pemuda UMNO juga menghantar mesej kepada Dr Muhamad Akmal dengan menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu merupakan pendirian yang berani dan mempunyai maruah. Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Dr Akmal merupakan seorang pengganti yang layak berbanding Ketua Pemuda UMNO sebelumnya. “Ini baru pendirian ketua pemuda yang berani dan ada maruah. Saya…

Read More

KJ mungkin tubuh parti baharu

SEPANG 5 Jun –  Selepas menyatakan kesediaan bertemu pemimpin Bersatu dalam tempoh terdekat, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu. Khairy atau KJ berkata, sekiranya menyertai parti politik lain, beliau mungkin terpaksa menyesuaikan diri untuk mengikuti ‘adat resam’ parti itu tetapi dengan menubuhkan parti baharu, ia akan diadakan mengikut terma dan syaratnya sendiri. Katanya , sejak beberapa minggu ini, beliau melihat pilihan itu walaupun beberapa bulan sebelum ini beliau agak berat untuk menubuhkan parti baharu kerana melihat pasaran politik yang agak tepu…

Read More

Hanya 239 hari sebelum balik ke ‘kampung’

KUALA LUMPUR 5 Jun – “Hanya 239 hari lagi sebelum beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang,” titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. Seri Paduka bertitah, selepas tempoh itu baginda akan mengakhiri tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dan berangkat pulang ke Pahang. Dalam perkiraan beta, hanya 239 hari lagi sebelum beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang,” titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong…

Read More

Tangani polemik berkait kalimah Allah

KUALA LUMPUR  5 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa kerajaan mengharmoni situasi semasa dan menangani sebarang polemik yang berhubung kait dengan agama. Baginda menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera. Menurut Al-Sultan Abdullah, polemik penggunaan kalimah Allah, bukan merupakan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah. “Kerajaan Beta hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang…

Read More

Sistem beraja dipertahan tanpa tolak ansur

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan akan mempertahankan sistem beraja dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam institusi itu dan keluhuran Perlembagaan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini. “Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa ‘biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua’. Raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik,” katanya. Anwar berucap demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap…

Read More

Dasar ampuh dilancar depani cabaran dunia

KUALA LUMPUR 5 Jun –  Beberapa dasar negara yang lebih kental dan ampuh akan dilancarkan bagi mendepani dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan, perdagangan ekonomi sejagat semakin terbantut dan krisis iklim serta persekitaran yang berada di tahap genting. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara yang akan dilancarkan pada Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada akhir September dan Belanjawan Madani kedua pada Oktober. “Dalam semua kerangka besar yang bakal diluncurkan, akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab,”…

Read More

Johari Abdul, Nik Aziz, Kit Siang bergelar Tan Sri

KUALA LUMPUR 5 Jun – Mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan veteran politik Lim Kit Siang adalah antara 25 individu yang dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran PSM itu. Mereka adalah antara senarai 839 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM…

Read More

Sisa plastik menyamai 2,200 Menara Eiffel.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 400 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dengan satu pertiga daripadanya hanya digunakan sekali, manakala kurang 10 peratus dikitar semula. Pada masa sama, dianggarkan antara 19 hingga 23 juta tan plastik dibuang ke tasik, sungai dan laut setiap tahun, menyamai muatan penuh dari lebih 2,000 lori sampah dibuang ke lokasi berkenaan setiap hari manakala berat sisa plastik itu menyamai berat kira-kira 2,200 Menara Eiffel. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata laporan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) menunjukkan pencemaran plastik boleh…

Read More