744 aduan penipuan libatkan Facebook

KULAI 4 Jun – Setakat 25 Mei lalu, sebanyak 744 aduan penipuan dalam talian yang diterima adalah membabitkan laman sosial Facebook, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, aduan kedua terbanyak adalah membabitkan penyedia pelayar Telegram iaitu 17, iikuti WhatApps (16) dan emel (satu aduan).

Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis dan warga Kulai di pusat beli belah Jusco Kulai di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keenggan pengurusan Telegram mengadakan perjumpaan dengan kementeriannya susulan tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik, Nie Ching berkata pihaknya kesal dengan keputusan mereka itu.

“Saya sendiri rasa amat kesal kerana Telegram langsung tidak berhasrat untuk berjumpa. Saya hendak tegaskan kami faham penyedia platform seperti ini ada garis panduan komuniti masing-masing.

“Kami sudah mengadakan pertemuan dengan penyedia pelayar lain seperti Tiktok, Facebook dan Google. Apabila kami adakan perjumpaan ianha adalah untuk memastikan aktiviti yang haram dan melanggar undang-undang boleh diambil tindakan secepat mungkin.

“Kami akan boleh hantar senarai (langgar kandungan) kepada penyedia platform. Bagaimanapun mereka (penyedia platform) masih guna pakai atau rujuk garis panduan komuniti untuk buat keputusan masing-masing sama ada kandungan itu akan dipadam atau tidak.

“Saya hendak buat satu perbandingan bahawa apabila Google, Tikktok dan Facebook berjumpa dengan kita, adakah ia bermakna rakyat malaysia sudah tiada kebebasan bersuara? Tidak,”katanya

Beliau menjelaskan tujuan perjumpaan itu adalah bagi mewujudkan kerjasama dalam mengekang aktiviti jenayah dan bukan bersifat politik dan menganggu kebebasan bersuara.

“Adakah perjumpaan diadakan dengan kami, ia bermakna mereka (penyedia platfrom) jadi hamba kepada kerajaan? Tidak, kerana mereka ada garis panduan komuniti tetapi untuk aktiviti yang memang salah dari segi undang-undang seperti online scam, tindakan perlu diambil dan perlu kerjasama semua pihak,” katanya.

Pada 26 Mei lalu, Menteri KKD, Fahmi Fadzil memaklumkan Telegram dikesan masih gagal bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara ini walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh kementeriannya pada tahun ini.

Dua hari selepas itu, Telegram menyatakan keengganan bekerjasama dengan KKD kerana aplikasi pemesejan itu tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik.

Related posts

Leave a Comment