KUALA LUMPUR 3 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja. Setiausaha PDRM, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. “Siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu pula masih pada peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sementara itu , siasatan…
Read MoreDay: June 3, 2023
Haji: Jangan sebar maklumat tidak sahih
KUALA LUMPUR 3 Jun – Umat Islam di negara ini diajak bertimbang rasa dalam menghasilkan kandungan media sosial dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Nai’m Mokhtar, berkata penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai. Beliau sedar dengan kewujudan beberapa akaun media sosial yang menyebarkan maklumat kurang tepat mengenai keadaan jemaah haji Malaysia yang dikini berada di Madinah. “Saya baru berhubung dengan Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah…
Read MoreMalaysia-Perancis kukuh hubungan dua hala
KUALA LUMPUR 3 Jun – Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata lawatan kerja beliau ke Paris baru-baru ini berupaya mengekalkan momentum positif dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin. Katanya, Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutama dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan dan kesihatan. Dalam satu kenyataan, Dr Zambry berkata, dalam lawatannya itu beliau sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Catherine Colonna, dan saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu. Ini termasuk usaha ke arah meningkatkan…
Read MorePas sedia beri laluan kepada Bersatu
KUALA LUMPUR 3 Jun – Pas Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi di negeri itu, kata Naib Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu itu berkata pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan diputuskan dua hari lagi. Katanya, setakat ini pihak terbabit masih dalam perbincangan berhubung pengagihan kerusi itu. “Dalam dua hari lagi kita akan mengadakan perbincangan bersama kalangan pimpinan (kedua-dua parti) untuk penentuan kerusi yang ingin ditandingi,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman KMI…
Read More“Betulkan dulu apa berlaku dalam rumah”
SEPANG 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menjemput wakil mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 minggu depan. Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, keputusan sebulat suara itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat melibatkan barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri. “Ini ruang untuk kita perjelas,meluah dan perbetulkan apa yang menjadi tanda tanya di kalangan adik beradik kita. Selesaikan hal adik beradik kita dahulu sebelum menjemput orang luar datang dan masuk ke rumah kita. “Ini rumah kita. Kita nak…
Read MoreUbah wajah gerai peniaga kecil, penjaja
BANDAR TUN RAZAK 3 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan menggerakkan usaha untuk mengubah ‘wajah’ penempatan gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara. Beliau mahu golongan peniaga dan penjaja kecil berkenaan mendapat infrastruktur yang lebih selesa, indah dan bersih dalam tempoh sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun ini. Anwar mahu melihat semua pihak mewujudkan pelan yang selari dengan dasar di peringkat Persekutuan untuk mengangkat martabat dan memberi penghormatan serta ihsan kepada golongan berpendapatan kecil, khususnya peniaga. “Kita tukar wajah KL (Kuala Lumpur) dalam…
Read MoreDUN Selangor bubar secara automatik 25 Jun
SHAH ALAM 3 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Katanya, sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat dalam tempoh itu, DUN akan terbubar dengan sendirinya pada 25 Jun ini. “Ini bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari dari sekarang. Selepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar,” katanya ditemui pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen MBSA, di sini. Amirudin bagaimanapun berkata, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan…
Read MorePerlis tanam 150,000 pokok dalam satu jam
KANGAR 3 Jun – Kejayaan menanam 150,000 pokok secara serentak yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini menjadi hadiah istimewa rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-80. Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah kejayaan menanam pokok dalam masa satu jam bermula pukul 9 itu, juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. “Ini hadiah istimewa daripada rakyat kepada Tuanku Raja Perlis sempena ulang tahun baginda ke-80 kerana ia simbolik pemeliharaan dan pengekalan khazanah negeri Perlis untuk generasi masa hadapan,” titah…
Read MoreDraf perangi pencemaran plastik November
PARIS: Pemimpin 175 negara yang berhimpun di sini selama lima hari bersetuju supaya draf pertama perjanjian antarabangsa bagi memerangi pencemaran plastik disediakan menjelang akhir November. Jawatankuasa perundingan perhimpunan menggesa penyediaan draf sifar bagi instrumen yang mengikat secara sah menjelang rundingan pusingan ketiga di Nairobi dengan tujuan perjanjian itu dapat dimuktamadkan pada 2024. Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat selama 11 jam diketuai Perancis dan Brazil dan diterima pakai oleh pleno penuh di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di Paris. Kebimbangan terhadap kesan plastik terhadap alam sekitar dan…
Read More