Tindakan KDN secara sembrono, tergesa-gesa

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah pada 18 April lalu.

Naib Presiden Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah berkata, tindakan itu dibuat secara semborono dan tergesa gesa.

Tindakan itu juga tidak menghormati keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2008 yang menegaskan bahawa kalimah Allah sesuatu yang sakral bagi agama Islam sebagai Ad-Din, umat Islam dan upacara kerohanian yang berkaitan dengannya.   

Dr Amini dalam kenyataannya berkata, tindakan KDN juga bertentangan dengan titah dan hasrat para Sultan Melayu-Islam dalam negara ini yang mahukan isu penggunaan kalimah Allah ini dirayu semula di Mahkamah Tinggi ketika itu.

“Sayugia diperingatkan, arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 di bawah kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional Ketika itu telah melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat”.

“Arahan ini adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sebarang penggunaan kalimah kalimah ini adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.,” katanya.

Beliau berkata, tindakan KDN menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah juga telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Harapan dan amat menyentuh sensitiviti dan sentimen umat Islam dalam negara ini.

“Tindakan KDN juga bertentangan dengan titah dan hasrat para Sultan Melayu-Islam dalam negara ini yang mahukan isu penggunaan kalimah Allah ini dirayu semula di Mahkamah Tinggi ketika itu,” katanya.

Dr Amini berkata, jika bukan Islam mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan mereka, maka keadaan akan menjadi caca-merba, bertentangan dengan aspirasi umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, serta boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Justeru Perkasa menggesa KDN agar meneruskan kembali rayuan penggunaan kalimah Allah di mahkamah dan tidak membuat keputusan yang tidak cerdik serta merugikan umat Islam serta masa depan kerajaan sekarang.

Related posts

Leave a Comment