KDN komited melindungi kepentingan Islam

PUTRAJAYA 16 Mei – Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran. Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail, berkata isu terbabit adalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah Allah. “Ini kerana fungsi mahkamah itu sendiri adalah tidak bersesuaian untuk memutuskan hal ehwal berkaitan agama secara spesifik. “Justeru dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala…

Read More

PN kutuk serangan Israel ke atas Gaza

KUALA LUMPUR 16 Mei – Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel ke atas Gaza sehingga membunuh lebih 33 rakyat Palestin dan mencederakan 150 yang lain. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan mengebom hospital dan pelbagai kemudahan awam itu memperlihatkan sikap teroris sebenar rejim zionis. “Siri kezaliman dan kejahatan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa itu juga merupakan apartheid terhadap hak asasi rakyat Palestin serta jenayah perang yang perlu dihukum oleh seluruh masyarakat antarabangsa. Serangan terbabit juga jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip kemanusiaan…

Read More

Tindakan KDN secara sembrono, tergesa-gesa

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah pada 18 April lalu. Naib Presiden Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah berkata, tindakan itu dibuat secara semborono dan tergesa gesa. Tindakan itu juga tidak menghormati keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 2008 yang menegaskan bahawa kalimah Allah sesuatu yang sakral bagi agama Islam sebagai Ad-Din, umat Islam dan upacara kerohanian yang berkaitan dengannya.    Dr Amini dalam kenyataannya berkata,…

Read More

Covid-19: Tuaran jadi daerah zon merah

KOTA KINABALU 16 Mei –  Tuaran menjadi zon merah berikutan daerah itu mencatat 26 kes baharu Covid-19 sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Joachim Gunsalam. Katanya, Tuaran adalah satu-satunya daerah mencatat kes paling banyak ketika ini menyebabkannya kembali ke zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40. Beliau memberitahu, kes Covid-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu), hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau Manakala 16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes…

Read More

Move Forward sedia bentuk kerajaan Thai

BANGKOK: Parti Move Forward Thailand Pita Limjareonrat, 42, mengumumkan bahawa pihaknya mempunyai undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran. Bagaimanapun, Senat Thailand yang rata-rata 250 anggotanya dilantik oleh junta tentera perlu memberi kelulusan kepada calon pilihan perdana menteri mana-mana gabungan yang membentuk majoriti. Berikutan itu, ia mungkin menjadi penghalang kepada Move Forward yang lantang menentang undang-undang menghina Raja malahan Pita dituduh melanggar undang-undang berkenaan. Kemenangan besar Pita dan Parti Move Forward dalam pilihan raya umum (PRU) semalam meletakkannya mendahului semua parti lain, diikuti parti Pheu Thai. Kemenangan kedua-dua parti pembangkang…

Read More

3 produk makanan bayi ditarik balik

SINGAPURA 16 Mei – Tiga produk makanan bayi ditarik balik setelah ia didapati mengandungi lebih daripada had maksimum arsenik yang ditetapkan oleh Peraturan Makanan Singapura. Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan  tiga produk itu adalah  ‘Wen’s Baby Cereal Puree Whitebait and Pumpkin’, ‘Wen’s Baby Cereal Puree Whitebait and Purple Sweet Potato’ dan ‘Holle Organic Wholegrain Cereal Rice’. Menurut kenyataan SFA semalam, ‘Wen’s Baby Cereal Puree’ keluaran Singapura mempunyai tarikh luput 15 September 2023, manakala ‘Holle Organic Wholegrain Cereal Rice’ dari Jerman dengan tarikh guna sebelum 20 Januari 2024. Berikutan itu, SFA…

Read More