Covid-19: Tuaran jadi daerah zon merah

KOTA KINABALU 16 Mei –  Tuaran menjadi zon merah berikutan daerah itu mencatat 26 kes baharu Covid-19 sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Joachim Gunsalam.

Katanya, Tuaran adalah satu-satunya daerah mencatat kes paling banyak ketika ini menyebabkannya kembali ke zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

Beliau memberitahu, kes Covid-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu), hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau

Manakala 16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

Dalam kenyataan medianya, beliau berkata, daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada ME 19 berbanding ME 18 iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak.

Bagaimanapun tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri bagi ME 19.

Secara keseluruhan, katanya bilangan kes baharu pada ME 19/2023 di seluruh Sabah meningkat sebanyak 68 peratus kepada 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelum itu dengan semuanya adalah kes tempatan.

Katanya, purata kes aktif setiap hari bagi ME 19/2023 meningkat 40 peratus kepada tujuh kes berbanding lima pada minggu sebelum manakala pesakit dalam rawatan meningkat enam peratus kepada 166 kes pada ME 19 berbanding 156 kes pada ME 18.

Related posts

Leave a Comment