PN kutuk serangan Israel ke atas Gaza

KUALA LUMPUR 16 Mei – Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel ke atas Gaza sehingga membunuh lebih 33 rakyat Palestin dan mencederakan 150 yang lain.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan mengebom hospital dan pelbagai kemudahan awam itu memperlihatkan sikap teroris sebenar rejim zionis.

“Siri kezaliman dan kejahatan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa itu juga merupakan apartheid terhadap hak asasi rakyat Palestin serta jenayah perang yang perlu dihukum oleh seluruh masyarakat antarabangsa.

Serangan terbabit juga jelas melanggari undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, PN bersoladariti bersama kerajaan sebagai suara Malaysia yang sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin.

“Perikatan Nasional menggesa kerajaan Malaysia segera memimpin gerakan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberikan tekanan mendalam kepada Israel bagi menghentikan dengan serta-merta pencerobohan dan serangan keganasan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Related posts

Leave a Comment