Move Forward sedia bentuk kerajaan Thai

BANGKOK: Parti Move Forward Thailand Pita Limjareonrat, 42, mengumumkan bahawa pihaknya mempunyai undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran.

Bagaimanapun, Senat Thailand yang rata-rata 250 anggotanya dilantik oleh junta tentera perlu memberi kelulusan kepada calon pilihan perdana menteri mana-mana gabungan yang membentuk majoriti.

Berikutan itu, ia mungkin menjadi penghalang kepada Move Forward yang lantang menentang undang-undang menghina Raja malahan Pita dituduh melanggar undang-undang berkenaan.

Kemenangan besar Pita dan Parti Move Forward dalam pilihan raya umum (PRU) semalam meletakkannya mendahului semua parti lain, diikuti parti Pheu Thai.

Kemenangan kedua-dua parti pembangkang itu mungkin membuka jalan bagi menamatkan hampir 10 tahun kerajaan disokong tentera yang dipimpin oleh bekas ketua tentera, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.

Bagaimanapun, partinya, United Thai Nation (UTN), hanya menang sebilangan kecil kerusi.

Sebarang gabungan perlu mengumpul majoriti sekurang-kurangnya 376 kerusi dan Pita mencadangkan pakatan enam parti yang menguasai 309 daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan, dengan beliau memimpin dan dilantik sebagai perdana menteri.

“Saya bersedia menjadi perdana menteri Thailand yang ke-30,” kata Pita yang memaklumkan partinya dan lima bakal rakan gabungannya, termasuk Pheu Thai, akan memperoleh 309 kerusi dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai keseluruhan 500 kerusi.

Bagaimanapun , jumlah itu masih kurang daripada 376 kerusi yang diperlukan.

Related posts

Leave a Comment