Kerajaan Perpaduan kukuh,stabil

KUALA LUMPUR 14 Mei –  Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan hari ini membuktikan kepada seluruh negara dan dunia bahawa pentadbiran yang ada dalam keadaan kukuh dan stabil, kata Anwar Ibrahim Perdana Menteri yakin susulan kejayaan konvensyen yang julung kali diadakan itu, kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan tergugat dan mampu kekal mentadbir negara sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mahu semua pimpinan dan anggota Kerajaan Perpaduan terus fokus melaksanakan amalan tata kelola yang baik serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara bagi membela nasib rakyat. “Alhamdulillah…

Read More

Anwar iktiraf peranan Zahid

KUALA LUMPUR 14 Mei –  Anwar Ibrahim hari ini mengiktiraf peranan Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang telah memastikan Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perdana Menteri berkata, Presiden UMNO itu telah berperanan memastikan semua 26 Ahli Parlimen UMNO yang memenangi PRU15 menyokong usaha itu sehingga Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk. Beliau mengiktiraf peranan Ahmad Zahid itu ketika berucap di hadapan pimpinan kanan dan ribuan perwakilan daripada 19 parti politik sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari…

Read More

Tukar slogan “lawan tetap lawan”

KUALA LUMPUR 14 Mei – “Dulu lawan sekarang kawan”, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau merujuk slogan PKR sebelum ini yang terkenal dengan ‘lawan tetap lawan’ terutama pada tahun-tahun awal gerakan reformasi. Katanya perubahan itu bagi memastikan Kerajaan Perpaduan kukuh dan stabil, selain berupaya berfungsi dengan baik untuk memelihara kepentingan rakyat secara bersama. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penubuhan Kerajaan Perpaduan mempunyai kepentingan bersama bagi menyumbang terhadap kestabilan politik, memakmurkan dan merakyatkan ekonomi serta memastikan keamanan. “Dulu ketika reformasi, (slogan) kita lawan tetap lawan, kini perlu…

Read More

Lima tekad Wanita Perpaduan

KUALA LUMPUR 14 Mei – Lima tekad diikrarkan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri mengetuai ikrar itu yang turut dilafazkan bersama perwakilan konvensyen sebelum ditandatangani semua ketua wanita 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian menerima tekad itu. Hadir sama, Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan,Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Lima tekad itu adalah: Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan kesepakatan rakyat agar masyarakat majmuk…

Read More

Tidak perlu ungkit kisah silam

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan perlu berusaha membawa kerjasama dan kestabilan di peringkat kerajaan ke peringkat ahli parti dan akar umbi, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata, struktur dan kerangka Kerajaan Perpaduan sangat jelas, merangkumi semua parti terbabit yang melangkaui sifir politik, agama dan kaum yang dimahukan rakyat. “Ini bukan masa untuk setiap parti (dalam Kerajaan Perpaduan) mencari salah dan silap serta mengungkit kisah silam sepanjang permusuhan di pentas politik. Ya, mungkin pada peringkat…

Read More

Mohon maaf selepas kritik Mat Sabu

KUALA LUMPUR 14 Mei – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini memohon maaf secara terbuka atas kritikannya berhubung keputusan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu melantik lima pemimpin parti poltik menerajui agensi di bawah kementerian berkenaan baru-baru ini. Beliau menzahirkan permohonan maaf itu kepada parti Amanah pimpinan Mohamad semasa berucap di Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. “Saya faham hari itu saya bangkang isu pelantikan badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk sahabat-sahabat Amanah, saya berbesar hati mohon maaf,”…

Read More