KUALA LUMPUR 10 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia hari ini mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala. Dalam kenyataan di Facebooknya, beliau memaklumkan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan menyampaikan hasrat melihat pembabitan Bandar Seri Begawan dalam Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) tahun ini yang mana Putrajaya menjadi tuan rumah. “Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan…
Read MoreDay: May 10, 2023
Bekalan air masih terkawal
KUALA LUMPUR 10 Mei – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan bekalan air di seluruh negara masih terkawal setakat hari ini, berikutan paras empangan dan sungai melebihi 90 peratus di kebanyakan negeri. Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, SPAN berkata, beberapa kawasan pada hujung rangkaian sistem bekalan air terkesan akibat situasi panas berpanjangan iaitu di Kelantan dan negeri utara. Bagi Perlis dan Kedah, paras empangan di kedua-dua negeri masih stabil dan terkawal manakala di Pulau Pinang, pengurangan paras empangan direkodkan di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang. “Paras semasa…
Read MoreUsul tidak percaya terhadap Peguam Negara
KUALA LUMPUR 10 Mei – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Idrus Harun, kerana gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang. Majlis Peguam juga diberi mandat untuk memberi notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta. “Jika gagal, Majlis Peguam akan menimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, membawa prosiding menghina mahkamah atau mana-mana prosiding lain atau tindakan dalam mengesahkan resolusi ini,” kata usul tersebut. Usul itu diluluskan melalui Resolusi Kebebasan…
Read More3 pemimpin Amanah pengerusi badan berkanun
PUTRAJAYA 10 Mei – Tiga pemimpin Amanah dilantik sebagai pengerusi tiga badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkuatkuasa mulai 15 Mei ini. Menteri berkenaan Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan yang turut melibatkan pemimpin PKR dan DAP bagi dua badan berkanun lain. Mendahului senarai adalah Naib Presiden Amanah yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah…
Read MoreTask Force Siasatan 3R buka 18 kertas siasatan
KUALA LUMPUR 10 Mei – Task Force Siasatan 3R (bangsa, agama dan Raja) yang ditubuhkan pada 22 Mac lalu, telah membuka 18 kertas siasatan dan menahan 12 individu bagi membantu siasatan. Setiausaha Polis Malaysia, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata, siasatan ke atas semua kes itu dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mempersenda yang boleh menimbulkan kemarahan dan rasa benci, mencetuskan ketidakharmonian dan perpaduan kaum, bangsa, agama,…
Read MoreAzam Baki dilantik semula ketuai SPRM
PUTRAJAYA 10 Mei – Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa Jumaat ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa…
Read MoreBerita pilihan…
Sidang Kemuncak ASEAN ke-42
LABUAN BAJO, Indonesia: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan dan sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 hari ini, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama dengan kumpulan serantau. Sebanyak lapan ketua kerajaan dari 10 negara anggota menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput, dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei. Turut hadir, Setiausaha Agung ASEAN Jen Dr Kao Kim Hourn dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak. Pemimpin memulakan pertemuan dua hari mereka untuk membincangkan beberapa isu penting bagi menggalakkan rantau yang lebih kuat dalam…
Read MoreGalak tubuh koperasi masjid
IPOH 10 Mei – Kerajaan Negeri Perak menggalakkan pengurusan masjid di negeri itu menubuhkan koperasi sendiri untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti perniagaan, kata Menteri Besar, Saarani Mohamad. Beliau berkata kewujudan koperasi di sesebuah masjid dapat memberi manfaat kepada ahli kariah masjid berkenaan seperti melalui pembayaran dividen hasil keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Katanya, apabila koperasi ditubuhkan, sekurang-kurangnya pihak pengurusan masjid boleh membuka kedai runcit di dalam kawasan masjid. “Sebagai contoh Masjid Nurussalam Batu 4 di Gerik yang membuka pasar mini menjual barangan keperluan harian dan medapat keuntungan seterusnya boleh…
Read More