1,110 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Mei – Malaysia setakat Sabtu lalu merekodkan 1,110 kes baharu Covid-19 membabitkan 1,107 kes penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurut laman sesawang KKMNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan Covid-19 di negara ini mencecah 5,079,436 kes sejak ia dikesan di negara ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan negara mempunyai 16,842 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 93.8 peratus bersamaan 15,801 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, terdapat 1,000 kes atau 6.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di hospital, dengan 41 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 17 lagi tidak memerlukan alat bantuan.

Sehingga kini, kadar penggunaan di wad ICU mencecah 68.3 peratus, alat bantuan pernafasan (40.8 peratus) dan katil hospital (75.6 peratus).

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, terdapat sebanyak 1,112 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 5,025,566 kes.

Related posts

Leave a Comment