Had jumlah bendera, sepanduk kempen

PUTRAJAYA 8 Mei – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi pada pilihan raya bagi menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mengurangkan risiko rasuah. Katanya, jika kerajaan benar-benar ingin menghapus rasuah, cara terbaik ialah dengan mengehadkan perbelanjaan oleh parti semasa pilihan raya. “Katakanlah jika parti letak calon dalam satu kawasan, hanya 100 bendera, 20 sepanduk dan dua papan iklan dibenar, maka kos kempen tidak akan menjadi tinggi. Saingan antara parti yang kaya dan miskin akan jadi lebih adil,” katanya menerusi ciapan…

Read More

1,110 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Mei – Malaysia setakat Sabtu lalu merekodkan 1,110 kes baharu Covid-19 membabitkan 1,107 kes penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Menurut laman sesawang KKMNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan Covid-19 di negara ini mencecah 5,079,436 kes sejak ia dikesan di negara ini. Pertambahan kes baharu itu menjadikan negara mempunyai 16,842 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 93.8 peratus bersamaan 15,801 sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, terdapat 1,000 kes atau 6.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di…

Read More

Konvensyen Kerajaan Perpaduan 14 Mei

KUALA LUMPUR 8 Mei – Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang pertama bakal berlangsung pada 14 Mei ini yang akan disertai parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, pelbagai program diadakan yang turut mengundang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM). Pada sebelah pagi akan diadakan Konvensyen Wanita dan Konvensyen Pemuda. Konvensyen Wanita akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Konvensyen Pemuda diwakili Timbalan Perdana Menteri, Fadhillah Yusof. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan…

Read More