Tangguh rancangan ke Sudan

SEPANG 28 April – Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Sudan ketika ini dinasihatkan supaya menangguhkan hasrat mereka itu sehingga keadaan konflik di negara itu kembali pulih. Menteri Luar,  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya juga memohon rakyat negara ini menyalurkan maklumat kepada kementerian sekiranya ada ahli keluarga mereka yang masih berada di Sudan. “ Kita ingin nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin atau ada perancangan melawat Sudan, hendaklah tangguh perjalanan sehingga keadaan kembali pulih. “Begitu juga kita minta sekiranya ada mana-mana pihak atau rakyat Malaysia yang mengetahui masih ada ahli keluarga…

Read More

Kelulusan EIA PSI bukan muktamad

SUNGAI BULOH 28 April – Kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukan keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga menafikan dakwaan enggan ‘melayan’ kekecewaan golongan nelayan dan penduduk setempat yang dijangka terjejas susulan pelaksanaan Projek PSI. “Keputusan EIA (PSI), JAS memberi kelulusan pada prinsipnya dengan 71 syarat. Jadi kita telitilah. “Saya sudah kemukakan beberapa kebimbangan, terutama (bagi) pihak nelayan dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan biarkan proses ini berjalan terlebih…

Read More

Malaysia dapat semula kuota asal jemaah haji

KUALA LUMPUR 28 April – Malaysia mendapat semula kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 dengan pertambahan kuota tambahan pertama sebanyak 350 jemaah, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Azman Mokhtar. Beliau berkata, kerajaan sedang membuat rayuan kedua iaitu penambahan sehingga 10,000 lagi kuota, yang dijangka akan diketahui Mei ini. “Kita berharap kuota tambahan dapat diluluskan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan haji. “Bagi rayuan pertama sebanyak 350 kuota sudah lulus dan rayuan kedua iaitu penambahan 10,000 lagi kuota masih dalam rayuan dan kita jangka awal Mei jawapan akan diterima,”…

Read More

Bersatu mohon kosongkan 4 kerusi

KUALA LUMPUR 28 April – Parti Bersatu memohon kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa kerusi Parlimen Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang sudah dikosongkan. Permohonan kebenaran itu difailkan Naib Presidennya,  Dr Ronald Kiandee dan Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam parti berkenaan. Ia menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen kawasan terbabit Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima. Dalam permohonan itu, Bersatu memohon…

Read More

TH agih keuntungan 3.1 peratus

KUALA LUMPUR 28 April – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2022, membabitkan RM2.65 bilion, meningkat tujuh peratus berbanding RM2.46 bilion tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH dan ia juga setelah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57 peratus. Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan…

Read More