Tol percuma selama empat hari

PUTRAJAYA 18 April. – Mulai esok sehingga Jumaat ini dan 24 April, kerajaan mengecualikan pembayaran tol di 33 lebuh raya utama negara sempena sambutan Aidilfitri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, pemberian tol Rahmah percuma selama empat hari itu adalah untuk semua pengguna jalan raya. Anwar berkata, kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih, juga bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas. Bercakap pada sidang media, Anwar berkata, langjah itu antara ikhtiar bagi menghargai sumbangan pengusaha…

Read More

Faham dulu apa fungsi ‘Super App’

JOHOR BAHRU 18 April – Isu penjualan tiket penerbangan yang mulanya dikatakan mahal kini beralih kepada pertikaian jualan tiket dua syarikat penerbangan negara, MAS dan AirAsia menerusi Super App. Bekas Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong, membangkitkan persoalan bagaimana tiket penerbangan MAS boleh dijual menerusi Super App sekiranya syarikat penerbangan itu mempunyai polisi tidak membenarkannya. Beliau berkata, ramai pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga atau Super App bagi membandingkan harga untuk mendapatkan tawaran terbaik. Justeru Ahli Parlimen Ayer Hitam itu meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke faham apa fungsi ‘Super App’ yang…

Read More