Kadar kebolehjangkitan 1.07

PUTRAJAYA 23 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 di Malaysia terus mencatat penurunan untuk hari ketujuh berturut-turut.

Semalam,  Khamis, nilai Rt negara susut kepada 1.07 berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan di mana Terengganu mencatat nilai Rt tertinggi 1.44, diikuti Kedah 1.22, Putrajaya 1.22, Johor 1.20, Sabah 1.19, Pulau Pinang 1.18, Kelantan 1.16 dan Pahang 1.15

Turut mencatat  kadar melebihi purata kebangsaan adalah, Selangor 1.14, Melaka 1.11 dan Kuala Lumpur 1.09

Beberapa negeri mencatat di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 1.06, Sarawak 1.04, Perak 1.02 serta Labuan 0.74 sementara Perlis merekodkan enam kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment