MUIS minta jemaah amal sikap rahmah

SINGAPURA 8 April – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menghargai kerjasama para jemaah yang memahami isu ruang terhad bagi masjid menampung kehadiran mereka untuk solat Jumaat susulan cuti umum Good Friday. 

Menurut MUIS, sebanyak 57 masjid mengadakan dua sesi solat Jumaat semalam dan jemaah perlu menempah slot lebih awal.

Bagaimanapun apa yang menyedihkan ada jemaah didapati berkongsi tempahan slot mereka itu dengan yang lain sehingga menafikan tempat bagi jemaah yang membuat tempahan yang sah.

Pada masa yang sama ada juga jemaah yang pergi ke masjid tanpa membuat tempahan dan perlu menunggu bagi sesi kedua sehingga menyebabkan kesesakan di pintu masjid dan sesetengah jemaah lain tidak selesa dan kecewa. 

Kesesakan di pintu masjid menyukarkan jemaah dalam sesi pertama untuk keluar dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan jemaah serta mencetuskan tekanan bagi  kakitangan masjid dan relawan. 

Justeru pihak MUIS berharap para jemaah dapat mengamalkan sikap rahmah dan kesabaran pada bulan Ramadan ini.

(Suasana di Masjid Al-Islah ketika jemaah menanti sesi kedua solat Jumaat – Foto fb MUIS)

Related posts

Leave a Comment