KUALA LUMPUR 4 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mendekati golongan muda di peringkat sekolah dan universiti bagi meningkatkan pengetahuan berkait hal ehwal politik sebelum mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-16. Bagaimanapun Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata program pengkaderan tersebut akan dilakukan dengan cara kreatif mengikut prosedur yang ditetapkan dan berlandaskan kepada undang-undang. Katanya, setiap pemimpin sayap pergerakan parti supaya kreatif dan berhemah merangka program selain mematuhi peraturan ditetapkan di sekolah serta universiti. “Kita sedia maklum apabila Undi18, kalau menjelang PRU16…hari ini adik-adik kita di Tingkatan…
Read MoreDay: April 4, 2023
Pemadam sambut baik RUU kawal selia rokok dibentang Mei
CYBERJAYA 5 April – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bimbang penggunaan rokok elektronik atau vape menjadi di luar kawalan terutama dalam kalangan generasi muda atau pelajar yang turut terlibat sebagai perokok. Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam, Jamelah A Bakar berkata, rokok dan vape boleh menjadi pembuka jalan atau “gateway drugs” kepada penyalahgunaan dadah lebih-lebih lagi apabila penggunaannya di luar kawalan. Justeru Jamelah berkata, Pemadam menyambut baik jaminan Anwar Ibrahim bahawa Rang Undang-Undang (RUU) yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk yang mengandungi nikotin tidak akan dilengahkan. Perdana…
Read More43,019 pelajar kita merokok
KUALA LUMPUR 4 April – Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu yang membuat saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah mendapati seramai 43,019 pelajar merokok. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata bagi tempoh sama, hasil saringan yang dijalankan terhadap dua juta murid sekolah rendah mengesan seramai 341 orang turut terjebak dengan perbuatan itu. “Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.…
Read MoreCovid-19: Kes mendadak, 11 kluster pendidikan
PUTRAJAYA: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat mendadak, dengan 18 kluster terma 11 kluster pendidikan dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ketiga belas 2023 (ME13/2023), dari 26 Mac hingga 1 April lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, peningkatan kes dan kluster Covid-19 itu berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lalu. Dalam kenyataan media hari ini, beliau memberitahu pada masa yang sama berlaku pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti sekolah yang lalu. Menurut Dr Noor Hisham , daripada 11 kluster pendidikan yang dilaporkan, enam…
Read More13 Ramadhan…
Mas Ermieyati Pengerusi PAC
KUALA LUMPUR 4 April -Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu. Pencalonan beliau disokong sebulat suara oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, selepas dicadangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Turut dipersetujui adalah pelantikan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi. Mas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH yang memegang jawatan itu dalam pentadbiran…
Read MoreBerita pilihan…
Rokok: Kerajaan ambil pendekatan sederhana
KUALA LUMPUR 4 April – Tindakan drastik termasuk gesaan supaya mengharamkan kesemua produk merokok tidak mampu mengawal masyarakat daripada meneruskan tabiat itu, kata Anwar Ibrahim. Justeru, kerajaan mengambil pendekatan secara sederhana bagi mengawal selia semua produk merokok, termasuk bahan mengandungi nikotin. “Kita ambil tindakan memberi kesedaran, tetapi mengambil tindakan mengharamkan nikotin, vape, rokok, itu agak drastik dan tak mampu dilakukan mana-mana negara dunia. “Orang (masih) pilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen, sama seperti arak. Jadi sementara kita kempen mengenai kesan negatif (rokok), tetapi kita teruskan percukaian. Ini sekadar untuk…
Read More25 tan kepak ayam Thailand disita
BUTTERWORTH 4 April – Sebanyak 25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand disita dalam operasi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, Sabtu lalu. Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib, berkata sitaan dibuat selepas pemeriksaan Sabtu lalu mendapati dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import ditetapkan. Katanya, siasatan lanjut turut mendapati pengimportan konsainan seberat 25,000 kilogram (kg) itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas. “Berikutan itu, dada ayam sejuk beku bernilai RM240,000…
Read More