SERDANG 1 April – Kepemimpinan Pas sangat terbuka menerima bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa serta tokoh lain atau orang tidak berparti untuk menyertai parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Katanya , Annuar atau orang tidak berparti yang kecewa dengan perjuangan sebelum ini yang mahu bersama dengan Pas sangat dialu-alukan kerana setiap orang yang bersama Pas mempunyai peranan masing-masing. “Saya percaya orang seperti Annuar cukup berpengalaman serta orang lain ada peranan masing-masing yang boleh diberikan untuk memperkasakan Pas sebagai parti politik yang…
Read MoreDay: April 1, 2023
Projek AHTV dipercepat
BEIJING 1 April- Projek Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) yang membabitkan kerjasama DRB-HICOM Berhad dan syarikat China, Geely perlu dipercepat kerana ia membabitkan pelaburan besar dan menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan, di Dewan Besar Rakyat di sini, petang tadi, Perdana Menteri Li Qiang turut memberi penekanan kepada projek ini. “Projek itu besar yang dianggap menjadi satu kawasan automotif yang terbesar di Pekan dan Tanjung Malim (di Perak). “Kita akan minta kerajaan negeri berkaitan dan majlis perbandaran untuk mempercepat proses ini, memandangkan…
Read MorePertemuan pertama Anwar, Li Qiang
BEIJING 1 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Li Qiang di Dewan Besar Rakyat di sini petang ini, pertemuan rasmi pertama ke atas Qiang selepas menerajui Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri disambut Qiang menerusi satu upacara rasmi, dimulai dengan masing-masing memperkenalkan barisan menteri serta delegasi disusuli acara memeriksa perbarisan kawalan kehormat oleh Anwar diiringi Qiang. Mereka kemudiannya menuju ke bilik mesyuarat bagi meneruskan pertemuan dua hala, diikuti Anwar dan Qiang menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China. Selesai menyaksikan MoU itu,…
Read MoreExco Melaka komposisi Kerajaan Perpaduan
BAGAN DATUK 1 April – Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu bagi kerajaan Melaka mesti menggambarkan komposisi Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, adalah lebih baik menzahirkan kebersamaan parti Kerajaan Perpaduan walaupun Barisan Nasional (BN) menguasai tiga perempat kompisisi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ketika ini. “Lebih baik jika Kerajaan Negeri Melaka dapat menggambarkan kebersamaan dan perkongsian kuasa dengan ADUN yang dipilih rakyat daripada parti dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya. Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan Ketua…
Read More140 unit rumah asnaf Labuan
LABUAN 1 April – Sebanyak 140 unit kondominium Ganggarak Permai 14 tingkat yang melibatkan peruntukan RM30.6 juta di bawah skim bantuan perumahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diserahkan kepada asnaf yang layak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menyerahkan Rumah Asnaf MAIWP itu. Ini adalah inisiatif pertama seumpamanya dilaksanakan di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. MAIWP turut menambah peruntukan RM3.2 juta untuk peralatan keperluan rumah, deposit bil air dan elektrik, jeriji keselamatan…
Read MoreJawatankuasa tangani isu doktor kontrak
PUTRAJAYA 1 April – Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang kini membawa kepada ancaman mengadakan mogok pada 3 hingga 5 April ini. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata persetujuan itu dicapai semalam, dengan jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan hari ini, susulan desas-desus kemungkinan mogok oleh doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini. Selain itu, terdapat juga catatan di Instagram menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil…
Read MoreCabaran perkukuh UMNO Sabah
KOTA KINABALU 1 April – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah yang baharu dilantik, Noraini Idris mengakui berdepan banyak cabaran bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Katanya, paling utama ialah menggalas amanah yang besar untuk membantu mengukuhkan UMNO Sabah dan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi. “Bukan mudah melaksanakan amanah ini namun dengan adanya kerjasama dan sokongan ahli parti khususnya Wanita UMNO Sabah, Insya-Allah amanah yang diberi akan dilaksanakan sepenuhnya. Apa lagi dengan hanya tinggal beberapa tahun PRN Sabah akan berlangsung, sudah tentu banyak…
Read MoreMalaysia raih komitmen pelaburan RM170 bilion
BEIJING 1 April – Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China, di sini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu sekali gus menunjukkan keyakinan China, khususnya pelabur dari negara itu terhadap ekonomi Malaysia. “Ini adalah rekod tertinggi kepada negara, yang mana kami sudah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion pelaburan. “Saya harus berterima kasih kepada pelabur kerana memberi kerjasama serta keyakinan kepada kami bahawa apa yang saya nyatakan sebentar tadi (dalam ucaptama)…
Read More10 Ramadhan..
Kemkes RI kesan 700,000 kes TB
JAKARTA 1 April – Lebih 700,000 kes tuberkulosis (TB) atau tibi dikesan di Indonesia pada 2022, yang tertinggi dalam rekod negara itu, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammad Syahril. Beliau berkata purata penemuan kes tibi setiap tahun di republik itu sebelum 2022 adalah sekitar 50 hingga 60 peratus atau antara 500,000 hingga 600,000 kes. Indonesia menduduki tempat kedua selepas India yang merekodkan anggaran 969,000 kes dengan 93,000 kematian setiap tahun atau bersamaan 11 kematian bagi setiap sejam. Menurut Laporan TB Global, pada 2022, batuk kering paling kerap menjejaskan populasi umur produktif,…
Read More