Pas terbuka terima mana-mana individu

SERDANG 1 April – Kepemimpinan Pas sangat terbuka menerima bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa serta tokoh lain atau orang tidak berparti untuk menyertai parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,

Katanya , Annuar atau orang tidak berparti yang kecewa dengan perjuangan sebelum ini yang mahu bersama dengan Pas sangat dialu-alukan kerana setiap

orang yang bersama Pas mempunyai peranan masing-masing.

“Saya percaya orang seperti Annuar cukup berpengalaman serta orang lain ada peranan masing-masing yang boleh diberikan untuk memperkasakan Pas sebagai parti politik yang sah dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekas Setiausaha Agung UMNO yang didakwa sudah memilih ‘bahtera’ baharu untuk meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai Pas.

Terdahulu Ahmad Samsuri melancarkan program Bantuan i-Fitri Perantau selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Terengganu dan Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu bagaimanapun menyatakan beliau tidak boleh mendedahkan nama individu lain yang bakal menyertai Pas.

Related posts

Leave a Comment