Pahang, Johor kekal Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 19 Mac – Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan Naib Presiden UMNO sekaligus mengisi kedudukan yang dikosongkan Ismail Sabri Yaakob juga dari Pahang.

Wan Rosdy satu-satunya Menteri Besar UMNO yang menawarkan diri untuk jawatan itu memperoleh 124 undi.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dengan memperoleh 114 undi.

Seorang lagi adalah muka baharu iaitu Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang memperoleh 107 undi.

Walaupun empat lagi bahagian belum menghantar keputusan, kedudukan tiga Naib Presiden itu tidak akan tergugat memandangkan Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang berada di kedudukan keempat dilihat sukar memintas.

Sementara itu, bekas Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan adalah antara empat wanita yang terpilih dalam senarai 25 calon yang mendapat tempat bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan semalam.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 4 petang hari ini turut menyenaraikan bekas Exco Pahang Shahaniza Shamsuddin, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Rosnah Abd Rashid Shirlin dan bekas Exco Kedah Suraya Yaacob.

Mendahului senarai anggota MKT adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Dr Shamsul Anuar Nasarah dengan 173 undi, Menteri Luar Negeri Dr Zambry Abdul Kadir (170) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz (164).

Berikut senarai tidak rasmi keputusan Pemilihan UMNO 2023-2026

PENGERUSI TETAP
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI

1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

2. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

3. Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

4. Datuk Seri Ahmad Maslan

5. Datuk Seri Bung Moktar Radin

6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

9. Datuk Azian Osman

10. Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

11. Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

12. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii

13. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

14. Datuk Zahida Zarik Khan

15. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

16. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

18. Datuk Johan Abd Aziz

19. Isham Jalil

20. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan

21. Datuk Seri Dr Ahmad Said

22. Datuk Lokman Noor Adam

23. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

24. Datuk Mohd Rafi Alli Hassan

25. Datuk Suraya Yaacob

Related posts

Leave a Comment