9 ketua bahagian Kedah kekal, 6 muka baharu

ALOR SETAR 19 Mac – UMNO bahagian Sik mendapat ketua baharu apabila Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menang tipis dengan memperoleh 229 undi mengalahkan penyandangnya Datuk Mohd Tajuddin Abdullah yang mendapat 228 undi. Setiausaha UMNO negeri, Datuk Ariffin Man, berkata pengiraan undi pemilihan UMNO Bahagian Sik itu terpaksa dilakukan tiga kali dan keputusan rasmi bahagian itu diumumkan hampir pukul 3 pagi. “Bahagian terakhir yang mengumumkan keputusan rasmi ialah Sik, hampir jam 3 pagi hari ini kerana pengiraan semula dilakukan hampir tiga kali kerana majoriti satu undi untuk jawatan ketua bahagian,”…

Read More

Exco Melaka sertai senarai akhir 25 ahli MKT

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kedudukan terkini dan rasmi selepas empat bahagian terakhir menyerahkan keputusan Pemilihan UMNO 2023-2026 menyaksikan kemasukan Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka itu memperoleh 91 undi berbanding sebelum itu 88 undi di tangga ke-27 di belakang Jalaluddin Alias (89) dan Suraya Yaacob (89). Berikutan itu, Suraya yang juga ADUN Sungai Tiang gagal mempertahankan kerusi ahli MKT dan terkeluar dari senarai 25 calon yang terpilih sebelum keputusan rasmi dikeluarkan ibu pejabat…

Read More

Pahang, Johor kekal Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 19 Mac – Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan Naib Presiden UMNO sekaligus mengisi kedudukan yang dikosongkan Ismail Sabri Yaakob juga dari Pahang. Wan Rosdy satu-satunya Menteri Besar UMNO yang menawarkan diri untuk jawatan itu memperoleh 124 undi. Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dengan memperoleh 114 undi. Seorang lagi adalah muka baharu iaitu Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang memperoleh 107 undi. Walaupun empat lagi bahagian belum…

Read More

4 bahagian tidak terlibat pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR 19 Mac –  Sebanyak 187 bahagian terbabit dalam pemilihan kali ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 183 bahagian telah menghantar keputusan pemilihan yang berlangsung semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Shahrir Samad berkata, setakat 2.30 petang, empat bahagian masih dinanti keputusannya. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata, empat bahagian UMNO tidak terbabit dalam pemilihan UMNO kali ini selepas bahagian berkenaan digantung dan ditangguhkan proses pemilihannya disebabkan beberapa masalah dihadapi. Empat bahagian itu adalah Tanah Merah, Kota Kinabalu yang digantung, serta UMNO Bahagian Johor Bahru dan Beluran,…

Read More

Situasi banjir di Johor makin baik

JOHOR BAHRU 19 Mac – Situasi banjir di Johor menunjukkan perkembangan yang baik apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan setakat pukul 8 pagi ini, berbanding malam tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir setakat ini tinggal 17,125 orang (4,907 keluarga) berbanding 19,041 mangsa (5,424 keluarga) pada pukul 8 malam tadi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan, semua mangsa itu kini ditempatkan di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi. Dalam kenyataannya, beliau berkata sehingga kini, masih terdapat dua daerah…

Read More

Menteri, timbalan dahului senarai MKT

KUALA LUMPUR 19 Mac – Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir, antara pemimpin yang melepasi garis kemenangan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan yang berlangsung semalam. Setakat pukul 7.20 pagi ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berada di kedudukan kedua dengan 131 undi di belakang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, yang memperoleh 134 undi. Ini diikuti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku  Zafrul Abdul Aziz yang memperoleh 130 undi. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang menang Ketua UMNO bahagian Pontian juga tersenarai dengan 124…

Read More