RoS sah usul PAU tiada pertandingan

BAYAN LEPAS 4 Mac – Pendaftar Pertubuhan (RoS) menerima resolusi UMNO bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 18 Mac ini. Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini (Sabtu) yang mengesahkan RoS meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berhubung perkara itu. “Surat daripada KDN yang bertarikh semalam itu mengesahkan RoS sudah menerima usul yang diluluskan PAU baru-baru ini adalah sah. Susulan surat yang dikeluarkan itu, hanya jawatan Naib Presiden…

Read More

Mangsa banjir Johor lebih 42,000

JOHOR BAHRU 4 Mac –  Setakat pukul 8 malam ini, jumlah mangsa banjir melonjak kepada 42,704 orang melibatkan kesemua 10 daerah di negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata ini membabitkan 12,408 keluarga yang berada 252 pusat pemindahan sementara (PPS). Katanya, peningkatan mangsa banjir di Johor susulan hujan lebat berterusan, di samping keadaan cuaca yang terus buruk di semua 10 daerah di negeri ini. Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kulai kembali terjejas selepas menutup semua PPS awal pagi kelmarin dengan 48 mangsa…

Read More

KWSP umum kadar dividen rendah

SHAH ALAM 4 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022. Kadar dividen itu lebih rendah berbanding 2021, iaitu bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah. Sejak 2020, kadar itu juga adalah terendah bagi Simpanan Konvensional (5.20 peratus) dan terendah bagi Simpanan Syariah, sejak skim ini mula diperkenalkan pada 2017. Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di sini, hari ini.…

Read More

204 kes harian Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA 4 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 204 kes termasuk empat kes import berbanding 244 kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,456 yang meliputi 5,004,765 kes tempatan dan 38,691 kes import. Berbanding lima kematian kelmarin, tiada kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,965 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif turun sedikit kepada 9,247 semalam, penurunan sembilan kes  dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,909 kes atau…

Read More