PUTRAJAYA 24 Feb. – Sebanyak 224 kes termasuk satu kes import jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 229 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,811.
Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan kes itu, sebanyak 5,003,142 adalah kes tempatan dan 38,669 kes import.
Tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,270 berbanding 9,324 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,952 kes atau 96.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 309 pesakit atau 3.3 peratus mendapat rawatan di hospital, sembilan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana tujuh orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh yang sama, 278 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,995,584 orang.
Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 66 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 57 kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis tidak merekodkan sebarang kes.
