Selamat berjaya Malaysia Everest 2023

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat berjaya  kepada pasukan misi ”Malaysia Everest 2023” yang bercita-cita mahu menawan Gunung Everest. Mereka ini katanya terdiri dari anak muda juga warga kelainan upaya (OKU). “Saya ucap selamat berjaya dan jangan mudah kecewa kepada kumpulan baru yang akan mendaki Everest nanti,” katanya melalui catatan di Facebooknya selepas  menerima kunjungan pasukan itu Dr Mahathir berkata, beliau pada mulanya tidak percaya ada orang Malaysia mendaki Gunung Everest kerana kita adalah negara tropika yang panas. Katanya, kebanyakan yang mendaki Everest adalah daripada negara “temperate” negara…

Read More

CUEPACS perlu fahami kekangan kewangan

DUNGUN 25 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) perlu memahami kekangan kewangan dihadapi kerajaan ketika ini ketika membuat tuntutan meningkatkan pendapatan penjawat awam Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan sedang dialami. “Saya fikir CUEPACS sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan penjawat awam, tentu memahami situasi ini. “Pada hemat saya, Perdana Menteri juga memberi keprihatinan tinggi kepada permintaan penjawat awam. Ini termasuk memberi bonus khas sebanyak RM700 sempena Aidilfitri dan RM350…

Read More

Reezal Merican dengan misi 3K

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Reezal Merican Naina Merican menyertai saingan perebutan jawatan Naib Presiden dengan misi menawarkan 3K – Khidmat, Keupayaan dan  Kesetiaan kepada UMNO. Beliau yang menyerahkan borang pencalonan di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn pagi ini berharap penyertaannya mendapat sokongan semua. “Alhamdulillah pada pagi ini, 25 Februari 2023 bersamaan 4 Syaaban 1444H, saya telah mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan 2023-2026 ini. “Saya mohon doa, sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan, para pimpinan serta seluruh Keluarga UMNO dalam wadah…

Read More

Azalina sertai rebutan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 25 Feb. –  Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, menepati desas desus perebutan jawatan Naib Presiden UMNO selepas beliau menghantar borang pencalonannya bagi merebut jawatan itu tengah hari ini. Dengan pengesahan itu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) adalah satu-satunya calon wanita yang mencabar jawatan No. 3  parti itu setakat ini. Azalina menghantar borang pencalonannya pada pukul 12 tengah hari ini di Auditorium UMNO di Menara Dato’ Onn. Penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menjadikan sekurang-kurangnya lapan pemimpin UMNO yang…

Read More

Covid-19: Kes jangkitan harian 204

PUTRAJAYA 25 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam turun sedikit dengan merekodkan 204 kes termasuk lima kes import berbanding 224 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow,  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,042,015 iaitu 5,003,341 kes tempatan dan 38,674 kes import. Semalam juga, tiada kes kematian baharu dilaporkan dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif berkurangan semalam iaitu 9,220 berbanding 9,270 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,907 kes atau 96.6 peratus pesakit…

Read More

Lawatan Seri Paduka ke UAE

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pengerusi Abu Dhabi Crown Prince’s Court, Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Read More