Selamat berjaya Malaysia Everest 2023

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat berjaya  kepada pasukan misi ”Malaysia Everest 2023” yang bercita-cita mahu menawan Gunung Everest.

Mereka ini katanya terdiri dari anak muda juga warga kelainan upaya (OKU).

“Saya ucap selamat berjaya dan jangan mudah kecewa kepada kumpulan baru yang akan mendaki Everest nanti,” katanya melalui catatan di Facebooknya selepas  menerima kunjungan pasukan itu

Dr Mahathir berkata, beliau pada mulanya tidak percaya ada orang Malaysia mendaki Gunung Everest kerana kita adalah negara tropika yang panas.

Katanya, kebanyakan yang mendaki Everest adalah daripada negara “temperate” negara sejuk yang sudah biasa dengan salji dan cuaca sejuk tetapi orang Malaysia tidak pernah hidup dalam keadaan sejuk, hanya panas dan hujan di negara ini.

Dr.. Mahathir berkata, beliau sememangnya sentiasa menyokong semangat Malaysia Boleh termasuk yang mahu mendaki Everest seperti mana ada yang berlayar keliling dunia seorang diri dan berbagai lagi dilakukan orang Malaysia.

“Hingga kini terdapat hampir 22 orang Malaysia telah daki sampai ke puncak Everest sejak tahun 1997. Kita boleh berbangga dengan sikap seperti ini, sanggup hadapi cabaran dan mengatasinya hingga tiba ke puncak Gunung Everest,” katanya.

Related posts

Leave a Comment