Tingkat kesedaran kaedah lupus al-Quran

PUTRAJAYA 19 Feb. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini menjalankan siasatan berhubung pembuangan kitab suci al-Quran di sebuah longkang berhampiran Tasik Sri Murni, Jinjang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya dukacita dengan kejadian membuang al-Quran yang tular di media sosial hari ini. Justeru, beliau mengingatkan pihak yang sengaja melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang. Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan dan pujian atas keprihatinan pihak berkuasa, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid setempat…

Read More

Pemuda Pas terima kasih publisiti HIMPIT 2023

SEPANG : Tiada istilah keganasan dan provokasi pada program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023) yang menimbulkan persoalan dalam kalangan warga netizen selepas tular di media sosial. Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa, berkata sudah menjadi tradisi perhimpunan itu dengan lapan ahli Pemuda Pas kawasan membawa replika mengikut tema perarakan masing-masing. “Ada yang membawa tema sukan, pelantar minyak, wisma Darul Iman, bahkan ada yang berkuda pada penganjuran HIMPIT kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau mengulas video yang tular berkaitan perhimpunan itu di mana sekumpulan ahli Pemuda…

Read More

DAP NS mahu pertahan 11 kerusi DUN

SEREMBAN 19 Feb. – DAP Negeri Sembilan akan bertanding mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusinya, Anthony Loke. Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, semua kerusi itu dimenangi parti berkenaan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Kita (DAP) akan bertanding mempertahankan 11 kerusi yang dimenangi sejak PRU13 lagi. Kita memenangi 10 kerusi pada PRU 2008 (PRU12) dan kemudian 11 kerusi pada PRU13. Itu adalah asasnya dan saya memaklumkan kedudukan itu pada Konvensyen DAP negeri, hari ini. “Hasrat kita untuk mempertahankan…

Read More

Enam calon bersedia terajui Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Perebutan jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO semakin menarik perhatian apabila Naib Ketua,  Nurul Amal Mohd Fauzi tampil menawarkan diri bertanding jawatan yang kosong itu pada pemilihan 18 Mac ini. Nurul Amal atau Kak Long (Along) berkata, keputusan beliau untuk bertanding jawatan berkenaan dibuat atas kehendak diri sendiri tanpa didorong oleh mana-mana pihak demi sayangkan UMNO. Ketua Puteri UMNO Kubang Kerian itu merupakan calon keenam yang menawarkan diri setakat ini selepas penyandang, Datuk Zahida Zarikh Khan tidak lagi berpeluang mempertahankan jawatan itu atas faktor usia. Turut…

Read More

212 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 19 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 212 termasuk satu kes import berbanding 241 yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,040,821 kes iaitu 5,002,168 kes tempatan dan 38,653 kes import. Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kini 36,955 orang termasuk 7,872 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,306 berbanding 9,405 kelmarin berkurangan 99 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,968 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani…

Read More

Korban gempa bumi lebih 45,000

ANTAKYA: Selepas 13 hari, jumlah korban gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 45,000 orang dan dijangka meningkat berikutan kira-kira 264,000 pangsapuri di Turkiye musnah dan masih ramai lagi hilang. Menurut laporan media, angka kematian di Turkiye disahkan berjumlah 39,672, manakala di negara jiran Syria pula dilaporkan lebih 5,800 kematian selepas kedua-dua negara digegarkan dengan bencana itu pada 6 Februari lalu. Walaupun kebanyakan pasukan penyelamat antarabangsa sudah meninggalkan zon gempa yang luas, pasukan tempatan masih meneruskan usaha mencari melalui bangunan yang runtuh, hari ini dengan harapan untuk…

Read More